"Nak main air ke nak minum?" - Gelagat Kucing Pandai Tekan Air Coway Cuit Hati Netizen Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

“Nak main air ke nak minum?” – Gelagat Kucing Pandai Tekan Air Coway Cuit Hati Netizen

Share

Kucing adalah haiwan yang mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dan mereka juga pantas belajar melalui penglihatan. Jadi tidak hairanlah jika mereka terikut-ikut perbuatan yang dilakukan oleh tuan mereka.

Seorang lelaki berkongsi kebijaksanaan kucingnya yang pandai menekan butang mesin penapis air di rumahnya.

Haziq Adnan berkongsi video yang menunjukkan kucingnya menekan-nekan mesin tersebut untuk melihat air keluar daripada mesin tersebut.

“Ni nak main air ke nak minum?” tulis Haziq di akaun Twitternya, @AnakNan_

Seorang gadis kemudiannya membalas tweet Haziq dengan video kucingnya yang pandai membuka paip air sinki untuk membasahkan badannya.

“kucing aku siap bukak air sinki sndiri nk mandi,” ujar gadis itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!