Nak Tukar Makanan Si Bulus? Ini Caranya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Nak Tukar Makanan Si Bulus? Ini Caranya

Share

Bagi pemilik kucing, memilih makanan kucing adalah antara perkara yang sukar kerana bimbang kucing mereka tidak mahu makan apa yang mereka beli. Sudahlah mahal, si bulus pula tak mahu makan.

Kadangkala, anda terpaksa menukar makanan kucing anda daripada jenama X kepada jenama Y atas sebab-sebab tertentu.

Jika kucing anda cerewet atau sudah biasa dengan jenama tertentu, pastinya sukar bagi anda untuk memastikan kucing anda makan jenama yang anda baru beli.

Kenapa tukar diet kucing anda?
• Kucing anda mempunyai masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, masalah usus, obesiti dan lain lain masalah.
• Anda ingin menukar makanannya kepada yang lebih berkualiti.
• Vet anda menyarankan supaya anda menukar diet si bulus atas sebab sebab tertentu
• Anda ingin menukar daripada makanan anak kucing kepada makanan kucing dewasa

Kebiasaannya, kucing anda akan mengambil masa seminggu bagi membiasakan diri dengan makanan baru.
Walaubagaimanapun, ada kucing yang sangat susah untuk menukar diet dan sanggup berlapar biarpun anda cuba untuk buat mereka makan.

Kadang-kadang, ada sesetengah pemilik kucing yang berkeras dan membiarkan kucing mereka berlapar kerana berpendapat bahawa kucing mereka akan makan juga makanan yang baru mereka tukar.

Tetapi, cara ini sebenarnya tidak bagus malah boleh menyebabkan masalah lain timbul.

Anda boleh cuba menukar diet kucing anda dengan secara beransur-ansur dengan mencampurkan jenama yang baru dengan yang lama dalam jumlah yang kecil hari demi hari.
Mulakan dengan mencampurkan 30% makanan baru dengan makanan yang lama dari hari pertama hingga hari ketiga.

Seterusnya, anda boleh campurkan makanan baru sebanyak 50% dengan makanan lama dari hari keempat hingga hari keenam. Pada hari ketujuh hingga hari ke sembilan, campurkan 70% makanan baru dengan makanan lama.

Pada hari berikutnya, jika kucing anda tiada masalah untuk membiasakan diri anda sudah boleh menukar makanan kucing anda sepenuhnya.

Namun, setelah anda berjaya untuk menukar makanan kucing anda kepada yang baru, anda harus memerhatikan tabiat pemakanan kucing anda dan juga najisnya. Jika terdapat perubahan negatif pada najisnya, segera bawa kucing anda berjumpa veterinar.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1
error: Content is protected !!