Nampak Comel, Tetapi Kucing Ini Adalah Pemangsa Yang Lebih Hebat Daripada Singa Dan Harimau Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka

Nampak Comel, Tetapi Kucing Ini Adalah Pemangsa Yang Lebih Hebat Daripada Singa Dan Harimau

Share

Jika anda mendengar gelaran ‘Kucing Paling Berbahaya Di Dunia’ pasti fikiran anda pantas tertumpu kepada ‘kucing besar’ atau ‘big cat‘ seperti harimau, harimau bintang (leopard), singa dan cheetah.

Tetapi siapa sangka, gelaran tersebut sebenarnya dimiliki oleh kucing berkaki hitam (black-footed cat), atau dikenali sebagai Gyra, iaitu kucing comel yang tinggal di Afrika ini.

Namun, dengan peratusan keberhasilan membunuh mangsa sebanyak 60% – melebihi cheetah (58%), harimau bintang (38%), singa (25%), dan harimau (5%) – terbukti kucing comel ini adalah lebih hebat daripada ‘abang-abang’nya.

Kru produksi The Big Cats terbitan BBC sempat ‘bertemu’ dengan Gyra di padang pasir Karoo, Selatan Afrika.

Kucing tersebut mempunya ukuran kira-kira 35cm panjang dan antara mangsa kegemarannya adalah burung, tikus, kala jengking dan apa-apa sahaja haiwan yang keluar pada waktu malam.

https://www.facebook.com/BBCOne/videos/1829492247084323/?v=1829492247084323

Para pengkaji memasang kolar beradio di leher salah seekor Gyra dan hasilnya, mereka berjaya merakam kucing tersebut yang sedang memburu mangsanya ketika itu, seekor burung.

Produser Paul Williams berkata: “kami telah melihat Gyra memburu pelbagai tikus, dengan mendekati mangsanya secara senyap – seperti kucing domestik yang memburu di taman – tetapi kami terkejut melihatnya pertama kali memburu burung.

“Ia perlahan-lahan merangkak di belakang belukar, menggoyang-goyangkan tubuhnya rendah ke tanah dan menunggu.

“Burung tersebut terus berjalan di hadapannya, seperti tidak sedar akan bahaya yang menantinya kurang satu meter berdekatan dengannya.

“Selepas beberapa minit burung tersebut terkejut dan terus terbang, tetapi Gyra tersebut melompat tinggi dan berjaya menyambarnya.

Gyra mampu berjalan sejauh 32 kilometer pada setiap malam untuk memburu mangsanya dan berjaya mendapatkan 10-14 mangsa setiap malam.

[Sumber: BBC]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!