National Breeder Seminar Anjuran Royal Canin Inisiatif Banteras 'Unethical Breeding' - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka Cattiviti Pilihan Haimeow

National Breeder Seminar Anjuran Royal Canin Inisiatif Banteras ‘Unethical Breeding’

Share

Royal Canin baru-baru ini menganjurkan Malaysia National Breeder Seminar untuk anjing dan kucing di Le Meridien, Putrajaya sebagai salah satu visi mereka dalam menamatkan pembiakan haiwan yang tidak beretika di Malaysia.

Pengurus Urusan Korporat Royal Canin Malaysia, Dr. Melissa Phoon berkata pemilik haiwan harus menjadi tunjang utama dalam menyekat pembiakan tidak beretika di negara ini.

“Kita tahu terdapat banyak pembiakan tidak beretika yang berlaku di Malaysia.

“Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita tidak akan mampu meningkatkan kebajikan haiwan,” jelas Dr. Melissa.

Lebih 80 peserta yang terdiri daripada pembiak kucing dan anjing terlibat dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu.

Royal Canin turut menjemput Professor Madya di Fakulti Sains Veterinar, Universiti Chulalongkorn, Bangkok yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam Theriogenology, Dr Sudson Sirivaidyapong bagi berkongsi ilmu dan pengetahuannya.

Beliau adalah individu yang giat mengangkat pembiakan beretika di Asia Tenggara. Beliau mempunyai kepakaran yang tinggi dalam penjagaan dan pembiakan anjing dan kucing, haiwan peliharaan lain, dan juga panda.

“Pembiakan adalah salah satu cara yang kita lakukan untuk mendapat baka yang baik. Namun kita juga harus berfikir mengenai kesejahteraan anjing dan kucing kita.

“Anjing dan kucing harus diperiksa untuk penyakit genetik dan jika didapati ada, ia harus dimandulkan,” terang Dr. Sudson.

Turut hadir pada acara itu ialah Penasihat Malaysia Chartered Club of The International Cat Association (TICA), Datuk Muhammad Nasir dan Datin Saryah Othman, dan Pensyarah Kanan Theriogenology di Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia, Dr. Mark Hiew.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!