Oyen Baik Hati Tolong Tanamkan Najis Kawannya Yang Tak Reti Tanam Sendiri
Share

Selepas membuang najis, kucing kebiasaannya akan menimbus najis mereka sendiri. Ini dilakukan supaya pemangsa tidak dapat mengekori mereka melalui bau najis tersebut.
Tetapi, tak semua kucing pandai menimbus najis sendiri. Kadang-kadang ada kucing lain yang baik hati membantu menimbus najis mereka.
Seperti sebuah video yang tular di media sosial yang menunjukkan seekor kucing oren yang baik hati membantu rakannya yang terpinga-pinga buntu bagaimana cara untuk menimbus najis.
Tindakan baik hatinya mendapat pujian netizen walaupun oyen sememangnya dikenali sebagai kucing paling nakal.
Atau mungkinkah oyen sudah insaf dan mahu berubah menjadi kucing paling baik?