"Go Get The Balloon!" - Netizen Kagum Oyen Faham Arahan Tuannya Ambil Belon Tersangkut Di Siling - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

“Go Get The Balloon!” – Netizen Kagum Oyen Faham Arahan Tuannya Ambil Belon Tersangkut Di Siling

Share
Kucing oyen ambil belon di siling

Kucing bukanlah seperti anjing yang boleh memahami arahan kita dan melakukan trik atau arahan seperti “duduk” atau bermain tangkap-tangkap.

Tetapi sebenarnya tidak mustahil untuk melatih kucing untuk mendengar arahan kita, cuma perkara itu agak sukar. Jarang sekali kita lihat kucing yang boleh mengikuti arahan seperti anjing seperti kucing ini.

Seorang lelaki menunjukkan kehebatan kucing ‘oyen’nya mengikut arahannya dalam sebuah video tular.

Dia menyuruh kucingnya itu mengambil belon yang tersangkut di atas siling dengan berkata “Go get the balloon”.

Oyen tersebut terus meluru memanjat kabinet untuk pergi ke bahagian siling untuk mengambil belon tersebut.

Kehebatan oyen itu mendengar dan melakukan arahan tuannya membuat netizen berasa kagum.

[Video: @beautifulmaincoons]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!