Lihat Aksi Oyen Tunggu Sehingga Salam Kedua Sebelum Serang Tuannya - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Lihat Aksi Oyen Tunggu Sehingga Salam Kedua Sebelum Serang Tuannya

Avatar
Share
Oyen

Kucing oren atau lebih dikenali sebagai oyen dalam kalangan masyarakat tempatan sememangnya dikenali sebagai kucing yang paling nakal dan sering menyakat kucing atau makhluk lain.

Saban hari, ada saja kelakuan nakal kucing oren yang tular di media sosial yang pastinya mencuit hati netizen.

Baru-baru ini nama oyen sekali lagi menjadi bualan apabila videonya yang mengganggu tuannya solat tular.

Dalam video tersebut, kucing itu kelihatan menunggu sehingga tuannya ingin memberi salam kedua sebelum bertindak menerkam muka tuannya itu yang menyebabkannya menjerit seperti diserang histeria.

Rata-rata netizen mengatakan tuannya bernasib baik kerana kucingnya itu menunggu sehingga salam kedua kerana jika tidak pasti dia perlu mengganti semula solatnya.

Ada juga yang secara berseloroh memuji oyen yang sabar menunggu sehingga salam kedua sebelum menyerang kerana tidak mahu solat tuannya terbatal.

“Bagus oyen tunggu tuan dia bagi salam kedua dulu baru attack sebab tak nak bagi batal solat,” kata seorang netizen.

[Sumber: Twitter]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!