"Mana Makanan Aku Ni" - Gelagat Oyen 'Tunjuk Perasaan' Hentak Bekas Makanan Cuit Hati Netizen );

Type to search

Haimeow Cerita

“Mana Makanan Aku Ni” – Gelagat Oyen ‘Tunjuk Perasaan’ Hentak Bekas Makanan Cuit Hati Netizen

Share
Oyen Tunjuk Perasaan

Selain tidur, masa makan adalah masa yang paling penting bagi kucing. Walaupun lewat seminit saja, mulalah si bulus akan bising dan buat perangai.

Pelbagai cara yang akan dilakukan oleh kucing untuk mengingatkan pemilik mereka tentang waktu makan mereka.

Ada yang ‘behave’ dan mengiau-ngiau kepada pemilik mereka supaya menyediakan makanan, dan ada juga yang mula membuat nakal seperti menjatuhkan barang dari meja atau menyepahkan rumah sebagai tanda bengang kerana lambat diberi makan.

Tetapi lain pula caranya bagi oyen di bawah ini. Ia menghentak-hentak bekas makanannya dengan kuat mungkin sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap tuannya.

Aksi oyen tersebut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya itu.

Kalau kucing anda pula, bagaimana reaksi mereka jika anda lambat beri makan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!