Pawtrait Time! 17 Anjing & Kucing Duduk Bersama Untuk Potret Keluarga Yang Sangat Adorable! - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Pawtrait Time! 17 Anjing & Kucing Duduk Bersama Untuk Potret Keluarga Yang Sangat Adorable!

Share

Pasti anda biasa mendengar peribahasa ‘seperti anjing dengan kucing’ yang membawa maksud dua orang yang sentiasa bertengkar.

Namun, seorang wanita mungkin berjaya membuktikan bahawa peribahasa tersebut silap apabila berjaya mengambil gambar 17 anjing dan kucingnya bersama-sama dalam satu family potrait – atau dalam kisah ini, family pawtrait.

Kathy Smith,30, yang berasal dari Corwen, Wales berjaya mengambil gambar epik tersebut setelah berhari-hari mencuba.

Gambar tersebut menunjukkan 8 ekor anjing dan 9 ekor kucingnya duduk berbaris dengan baik seperti sedang mengambil potret keluarga besar.

“Saya sangat teruja apabila saya berjaya mengambil gambar mereka – ia bagaikan satu gambar keluarga,” kata Kathy.

Menurut Kathy, kejayaan mengambil gambar tersebut adalah hasil daripada usahanya ‘merasuah’ haiwan-haiwan peliharaannya itu dengan treats.

Dia pada mulanya memanggil anjing-anjingnya – Ruby, Ben, Max, Sheba, Teddy, Rio, Storm dan Mishka – dan mengarahkan mereka untuk duduk sambil memegang treats.

Kemudian, dia memanggil kucing-kucingnya pula – Dinky, Jakie, Opal, Paddy, Socks, Safi, Cinders, Dusty dan Smokey – dan cepat-cepat meluru ke kamera untuk mengambil gambar mereka walaupun terpaksa mencuba berulang kali untuk mendapatkan gambar yang sempurna.

Hanya beberapa saat selepas berjaya mendapatkan gambar tersebut, kesemua mereka terus berkeliaran semula.

“Saya cuba untuk mengambil gambar mereka semua tetapi agak sukar kerana ada saja yang terkeluar daripada gambar.

“Anjing akan duduk diam untuk treats, tetapi untuk membuat kucing duduk diam agak sukar.

“Saya berjaya mengambil gambar tersebut dalam tiga percubaan tetapi selepas itu mereka terus berkeliaran,” katanya.

Tambah Kathy, anjingnya tiada masalah untuk bergambar banyak kali tetapi agak mustahil untuk kucingnya.

Kathy adalah seorang pencinta haiwan dan sentiasa menyelamatkan haiwan-haiwan yang memerlukan menjadi haiwan peliharaannya.

Selain daripada 17 ekor anjing dan kucing, dia turut mempunyai 4 burung budgie, beberapa ekor ikan dan anak landak.

[Foto: Kennedy News and Media]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!