);

Type to search

Cattiviti Haimeow

Pemuda Ini Kongsi Cara Untuk Elak Diganggu Kucing Ketika Bekerja Dari Rumah

Share

Bagi mereka yang mempunyai kucing, bekerja dari rumah di hadapan komputer atau laptop pasti menjadi satu cabaran dan halangan yang tidak dapat dielakkan. Pastinya anda pernah berdepan situasi di mana kucing anda tiba tiba sahaja datang dan baring di papan kekucin atau di hadapan skrin laptop anda ketika sedang bekerja.

Namun, anda tidak perlu lagi pening memikirkan bagaimana mahu mengatasi masalah ini tanpa rasa bersalah menghalau kucing anda atau mengurungnya di dalam sangkar supaya tidak mengganggu anda.

Seorang pemuda telah berkongsi cara yang akan membuatkan kucing anda automatik tidak menganggu anda. Ia hanya melibatkan objek yang paling disukai oleh kucing iaitu kotak.

Menurut pemuda tersebut, dia hanya meletakkan kotak di berdekatan dengan tempatnya bekerja dan kucingnya secara automatik akan masuk ke dalam kotak tersebut dan tidak mengganggunya ketika bekerja.

Orang ramai turut berkongsi kejayaan mereka ‘memerangkap’ kucing mereka dan mengelakkan daripada diganggu ketika bekerja dengan tips yang dikongsi tersebut.

Jika anda sering diganggu ketika tempoh bekerja dari rumah ini, mungkin anda boleh praktikkan tips ini. Selamat berjaya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!