Penakut Kucing Tapi Mengapa Si Comel Tetap Suka Pada Ailurophobia - Verst );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

Penakut Kucing Tapi Mengapa Si Comel Tetap Suka Pada Ailurophobia

Avatar
Share

Tidak semua orang sukakan kucing, ada juga yang takut pada kucing. Tapi si bulus yang nakal suka pada orang yang menghidapi Ailurophobia.

Ailurophobia adalah sejenis fobia kepada kucing. Individu yang mengalami masalah ini bukanlah benci kepada kucing tapi mempunyai perasaan takut yang luar biasa pada kucing.

Masalah Ailurophobia ini bukan perkara yang mudah. Bagi individu yang mengalaminya akan rasa takut apabila keluar di tempat terbuka. Mungkin pernah mempunyai pengalaman buruk dengan kucing semasa kecil atau alergik kepada haiwan berbulu.

Tetapi menjadi hairan apabila si comel suka pada individu yang tidak suka atau takut pada mereka. Contohnya, di kedai makan seekor kucing berjalan dan mereka tertarik kepada individu yang tidak suka padanya. Mengapa?

Menurut Veterinar, kucing lebih suka mendekati orang yang takut padanya kerana dari pandangan kucing tiada ancaman daripada individu tersebut.

Individu Ailurophobia akan mengelak daripada pandangan kucing dan sentiasa mengawasi keadaan sekeliling. Berbanding dengan orang yang sukakan kucing. Mereka akan memanggil atau mendekati si bulus ini untuk membelai dan bermain. Untuk pengenalan yang singkat, sesetengah kucing tidak gemar bermesra dan bersentuhan dari orang yang tidak dikenali.

Memandang mata kucing secara langsung membuatkan mereka takut, rasa diancam dan mencabar. Jadi, kucing tidak suka ‘ditakutkan’ seperti itu. Si comel ini akan beralih kepada individu Ailurophobia yang tidak memandang matanya dan menganggap tiada sebarang ancaman.

Kepada Ailurophobia, harap korang faham apa perasaan si bulus ini terhadap korang. Sabarlah ye!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!