Pencinta Kucing Perlu Tahu 7 Fakta Penting - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka

Pencinta Kucing Perlu Tahu 7 Fakta Penting

Ain Huda
Share

Pencinta kucing mesti tahu perangai-perangai si bulus ini. Macam-macam gelagat yang membuatkan anda jatuh cinta pada haiwan kesayangan comel ini.

Terdapat tujuh fakta mengenai kucing yang anda perlu tahu untuk mengenali mereka dengan lebih ‘deep’.

Tidak Suka Diganggu

Tidak semua kucing mudah mesra dan manja. Mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri lagi-lagi di tempat baru, persekitaran dan kedatangan orang atau kucing lain. Berikan mereka masa dan perlahan-lahan kenalkan kucing anda dengan perkara yang baru hadir dalam kehidupan mereka.

 

Kucing Takut Air

Adakah anda tahu kucing bukan takut atau tidak suka pada air. Tetapi jika bulu mereka terkena air, ada bakteria yang boleh hidup. Selain itu, suhu badan mereka akan berubah menyebabkan kucing tidak selesa. Jangan risau, kucing antara haiwan yang bijak menjaga kebersihan diri.

 

Umur

Rasanya ramai yang sudah tahu kucing rumah atau ‘indoor cat’ mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding kucing liar atau ‘outdoor cat’. Kucing liar terdedah dengan bahaya dan ancaman sekeliling tetapi kucing rumah lebih selesa, selamat dan tidak perlu memburu untuk mencari makan.

 

Kebijaksanaan

Ada yang mengatakan kucing tidak sebijak anjing. Sebenarnya tahap kebijaksaan seekor kucing bergantung kepada jenis baka dan cara mengajar kucing. Si bulus juga boleh dilatih untuk memburu, melompat, bermain dan perkara yang mereka suka. Tetapi anda perlu tahu bahawa kucing tidak akan buat apa yang mereka tidak suka, jadi jika mereka tidak melayan kerenah anda, bermakna mereka tidak berminat untuk bermain.

 

Kucing Bermimpi

Kucing juga boleh bermimpi mengikut tahap ‘Rapid Eye Movement Stage sleep’ (REM). Jika kucing tidur mencapai REM atau tidur yang lena, si bulus boleh mimpi. Apabila tidur lena, anda dapat melihat kaki kucing bergerak seperti mengigau dan mata terbuka sedikit. Kalau kucing tidur tidak mencapai REM bermakna kucing hanya tidur-tidur ayam dan mudah tersedar.

 

Minum Air Laut

Ye, kucing boleh minum air laut. Keistimewaan si bulu ini mempunyai buah pinggang yang boleh menapis garam dari air laut. Jadi, kucing tidak ada masalah untuk minum air laut walaupun anda jarang lihat kucing minum air laut.

 

Tidak Rasa Manis

Anda bagi kucing makanan manis dan menyelerakan tapi malangnya kucing tidak dapat menikmati kemanisan makanan tersebut.

[Sumber: TikTok @momothebengal]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!