Peneman Setia Baca Quran, Netizen Kagum Dengan Kucing Ini Yang Sentiasa Di Sisi Nenek Ketika Mengaji - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Peneman Setia Baca Quran, Netizen Kagum Dengan Kucing Ini Yang Sentiasa Di Sisi Nenek Ketika Mengaji

Share

Kucing sememangnya adalah peneman terbaik bagi manusia. Berdamping dengan kucing sahaja sudah mampu membuat kita berasa tenang dan bahagia.

Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan istimewa yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia seperti menurunkan risiko serangan jantung dan mampu mengurangkan stress.

Baru-baru ini, seekor kucing putih menjadi viral di laman sosial Twitter apabila pemiliknya memuatnaik gambarnya yang sentiasa menemani neneknya membaca Al-Quran.

Pengguna Twitter @javi_draws memuatnaik tiga keping gambar dengan kapsyen “Reminder that my grandma would read the Quran to my cat and still does it lmao” dan setakat artikel ini ditulis, ia telah meraih lebih 6,000 Retweets dan 25,000 Likes.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan kucing berkenaan duduk dengan tekun mendengar pemiliknya itu membaca Al-Quran.

Rata-rata netizen meluahkan kekaguman mereka dan memuji kucing tersebut dan kebanyakannya mengatakan bahawa ia sangat adorable.

Seorang pengguna @snugdeal3r turut membalas dengan berkongsi video bapanya yang dikelilingi kucing ketika berdoa selepas mengerjakan solat.

Menurutnya, perkara itu sudah menjadi rutin buat kucing-kucingnya dan bapanya akan berdoa dengan nada yang kuat sambil berdoa untuk setiap kucing-kucingnya.

Selepas ini, mungkin anda boleh cuba mula membacakan ayat suci Al-Quran kepada kucing di rumah anda.

Jika anda ada kucing yang terlebih garang di rumah, baiklah gunakan cara ini untuk ruqyah kucing anda.

[Sumber: Twitter @javi_draws]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!