Penjagaan Anak Kucing Yatim Piatu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Penjagaan Anak Kucing Yatim Piatu

Share

Membesarkan anak kucing merupakan satu perkara yang amat menyeronokkan, tetapi ia juga agak mencabar, memenatkan dan memerlukan kerja keras sepanjang masa.

Namun, anak kucing yang membesar tanpa ibunya memerlukan penjagaan yang lebih dan khusus kerana mereka tidak mendapat keperluan dan kasih sayang yang diperlukan daripada ibunya seperti anak-anak kucing lain.

Jika anda ada membesarkan anak kucing yang kematian atau kehilangan ibunya, berikut adalah perkara yang anda harus beri perhatian.

PENIMBANG & BUKU NOTA

Penting untuk kita memantau berat si bulus berdasarkan pola pemakanan yang diberi. Di sini, penggunaan penimbang adalah sangat penting. Setiap berat kucing dicatatkan dalam buku nota, dan berat badan 10 hingga 15 gram sehari bermakna ia adalah hasil yang baik. Digalakkan menggunakan jarum suntikan 5cc untuk memberi makan kepada anak kucing di mana susu anak kucing dicampur dengan makanan kucing yang tinggi kalori dan dirumus khas.

TANDAS ANAK KUCING

Seperti kebanyakan anak kucing lain, mereka memerlukan pemantauan dalam kebersihan diri. Tanpa si ibu, anak kucing cenderung mengalami cirit-birit kerana mereka tidak mendapat nutrisi sistem imunisasi khas yang terkandung dalam susu ibu dan mungkin memerlukan mandian lebih dari sekali sehari. Semasa mandian, digalakkan menggunakan syampu wangian lavender yang mempunyai sifat yang menenangkan.

‘ISTANA KUCING’

Anak kucing juga pasti memerlukan tempat tidur yang selesa dan selamat. Penggunaan playpen puppy yang boleh dilipat, atau dipanggil ‘istana kucing’ sebagai ruang selamat untuk anak kucing. Istana ini mempunyai dinding, lantai yang kalis air atau boleh meresap dalam bekas najis, dan juga mempunyai pintu di depan dan belakang serta bumbung yang boleh ditarik balik dan dibungkus untuk tugas pembersihan.

BEKAS MAKANAN

Anak kucing pasti akan menumpahkan sisa minuman atau makanan dan kita yang akan melakukan kerja pembersihan. Anda tidak boleh menghalang anak kucing daripada berjalan melalui mangkuk mereka, tetapi anda boleh menyimpannya daripada ditarik dengan menggunakan produk seperti Neater Feeder atau produk lain yang sama sepertinya.

PERMAINAN

Anak kucing menghiburkan diri sendiri dengan mainan seperti tiub kertas tandas  atau beg kertas. Dua keperluan dalam kotak mainan anak kucing biasanya adalah tikus mainan untuk menghiburkan pemangsa kecil ini. Ini akan membuatkan mereka sentiasa berada di dalam rumah dan anda tidak perlu risau jika mereka akan keluar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!