Penjagaan Kucing Selepas Pembedahan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Penjagaan Kucing Selepas Pembedahan

Share
Doktor Haiwan

Seperti manusia, kucing yang baru lepas menjalani proses pembedahan juga memerlukan penjagaan yang rapi supaya sembuh dengan cepat dan tiada kesan sampingan yang berlaku.

Sebagai pemilik, pastinya anda inginkan yang terbaik buat si bulus kesayangan, dan cara penjagaan yang terbaik selepas menjalani pembedahan.

Berikut adalah tips penjagaan kucing selepas pembedahan.

Tiada Gangguan

Jangan ganggu kucing anda pada hari pertama selepas pembedahan. Adalah lebih baik jika anda dapat menyediakan satu bilik khas supaya ia tidak diganggu oleh sesiapa.

Pantau keadaan si bulus dari semasa ke semasa dan pastikan ia mendapat rehat yang secukupnya.

Selepas pembedahan, si bulus kebiasaannya akan tidur sepanjang hari kerana masih di bawah pengaruh ubat anesthesia.

Elakkan Tempat Tinggi

Tempatkan kucing andadi tempat bersuhu sederhana, dan jangan sesekali tempatkan kucing anda bersebelahan alat pemanas.

Hindari daripada membiarkan kucing anda berada di kawasan atau tempat yang tinggi kerana bimbang ia akan terjatuh.

Kucing boleh bertindak abnormal selepas menjalani pembedahan.

Kucing

Menggigil Selepas Pembedahan

Perkara ini berlaku kerana tindak balas terhadap kesan ubat dan kekurangan darah. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kucing anda sejuk.

Namun, jika anda mahu membantunya untuk menghangatkan badannya, anda boleh letakkan selimut di atas badannya.

Selain itu, kucing anda mungkin akan mengalami muntah, bersin dan batuk selama beberapa hari akibat kesan pengambilan ubat.

12 Jam Tanpa Makanan

Jangan beri kucing anda makan dalam tempoh masa 12 jam selepas pembedahan.

Ini kerana, kucing anda mungkin mengalami muntah-muntah dan ia akan memberi risiko kepada kucing anda, kerana masih di bawah pengaruh ubat.

Jika pembedahan dilakukan pada waktu siang atau tengah hari, eloklah supaya anda membiarkan kucing anda bersendirian buat sementara waktu dan beri kucing anda makan pada keesokan paginya.

Air Secukupnya

Beri kucing anda air minuman secukupnya, tetapi jangan biarkan bekas minuman berada berdekatan dengan kucing anda kerana khuatir ia tidak sedar dan tertidur di dalam bekas air minuman.

Kaedah terbaik adalah dengan memberi kucing anda minum setiap beberapa jam atau setiap kali ia bangun daripada tidur.

Jika kucing anda tidak mahu minum, jangan paksa ia untuk minum kerana ia akan minum juga dengan sendirinya.

'Hmm, feel safe gitu'

Pemakanan

Selepas kucing anda telah melalui tempoh 12 jam tanpa makanan, anda sudah boleh memberinya makan seperti biasa semula.

Namun, adalah lebih baik jika anda memberi kucing anda makan makanan basah kerana ia memerlukan air yang banyak dalam tempoh penyembuhan.

Jika doktor haiwan menetapkan diet khusus untuk kucing anda selepas pembedahan, anda harus mengikut nasihat doktor.

Selepas pembedahan, kucing memerlukan jumlah makanan yang banyak serta tinggi kandungan vitamin dan mineral untuk membantu proses penyembuhan.

Hindari Kuicng Dari Menjilat Benang Jahitan

Untuk dua hari pertama selepas pembedaha, kucing anda mungkin hanya akan bermalas-malasan kerana keletihan dan kesan ubat.

Anda perlu memantaunya selepas ia mendapat semula tenaga. Kucing berkemungkinan akan menjilat luka atau bekas jahitan di badan mereka.

Jika anda tidak dapat memantau kucing anda setiap masa, penyelesaian terbaik adalah dengan memakaikan kon di lehernya.

Selain itu, anda boleh gunakan kain untuk menutup benang jahitan atau pakaikannya baju.

Tempoh Bertenang

Kucing anda mungkin akan mengalami fasa ini untuk tempoh seminggu atau dua minggu.

Jangan paksa kucing anda untuk bermain, dan elakkan kucing anda daripada melakukan aktiviti seperti melompat.

Pastikan bekas makanan dan minuman, serta bekas najisnya berada di tempat yang mudah untuk dicapai.

Pastikan kucing anda tidak diganggu oleh ahli keluarga atau haiwan peliharaan yang lain ketika tempoh ini.

Benang Jahitan Terbuka

Selepas pembedahan, anda harus bawa kucing anda untuk pemeriksaan kesihatan untuk membuka benang jahitan.

Kadang-kala, selepas pembedahan bagi kucing jantan yang dimandulkan, munkin tiada benang jahitan yang perlu dibuang kerana doktor haiwan kebiasaannya menggunakan benang yang akan tertanggal dengan sendirinya.

Benang jahitan kebiasaannya akan tertanggal dengan sendiri selepas 7 hingga 10 hari, mengikut keadaan kucing dan cara rawatan.

Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan tentang penjagaan kucing anda selepas pembedahan, dapatkan nasihat doktor yang merawat kucing anda.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. Noorshammohammad March 17, 2021

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera nak tanya kenapa selepas pembedahan dilakukan kucing saya semakin kurus dan perutnya makin membengkak dibahagian saluran pengeluaran susu adakah effect dari pembedahan ataupun kena pergi ke doctor untuk tahu lebih lanjut ? (Kucing betina)

    Reply
  2. Farhana Syahirah March 17, 2021

    Waalaikummussalam Noorshammohammad, untuk kes pembedahan bagi kucing, jika perut semakin membengkak selepas pembedahan, mungkin telah terjadinya jangkitan kuman. Sebaik-baiknya, kena berjumpa dengan doktor veterinar untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas pembedahan.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!