Penting Bagi Kita Pelajari Teknik CPR Untuk Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Penting Bagi Kita Pelajari Teknik CPR Untuk Kucing

Share

Cardiopulmonary resucitation atau CPR adalah bantuan kecemasan yang dilakukan apabila pernafasan dan denyutan jantung seseorang terhenti.

Jarang kita dengar tentang bantuan CPR kepada haiwan peliharaan atau kucing khususnya.

Sebenarnya, agak penting bagi pemilik untuk mengetahui teknik CPR untuk kucing andai kucing tiba-tiba tidak sedarkan diri dan jantungnya tidak memberi respon.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mempelajari teknik-teknik CPR untuk kucing. Ilmu ini mungkin berguna buat anda pada masa hadapan.

Periksa pernafasan dan degupan jantung
Anda harus perhatikan, dengar dan rasa jika terdapat tanda-tanda pernafasan.

Jika dada kucing anda tidak bergerak dan anda tidak dapat rasa degupan jantung, mulakan CPR dengan menekan kawasan jantungnya.

Tekan jantung
Genggam dada kucing dan pastikan telapak tangan anda menutupi bahagian dada kucing.

Kemudian letakkan ibu jari dan jari-jemari anda pada bahagian tengah dada.

Beri tekanan yang sederhana kuat dengan menggenggam ibu jari dan jari-jemari anda pada kadar 100 hingga 120 tekanan seminit selama 30 saat.

Anda harus menekan 1/3 atau 1/2 luas dadanya dan pastikan ia kembali sepenuhnya sebelum menekan lagi

Beri bantuan pernafasan
Perlahan-lahan tutup mulut kucing anda dan lunjurkan lehernya untuk membuka ruang pernafasan.

Tiup udara ke dalam hidung kucing dengan sederhana kuat sehingga anda nampak dadanya bergerak. Kemudian beri bantuan pernafasan lagi.

Terus lakukan CPR
Anda seharusnya terus lakukan langkah 2 dan 3 dengan kitaran 30 tekanan dan 2 bantuan pernafasan sehingga kucing anda kembali bernafas.

Teruskan memeriksa pernafasan dan degupan jantung
Setiap dua minit, periksa sama ada kucing anda sudah bernafas atau tidak dan periksa degupan jantungnya.

Serahkan pada yang pakar
Terus lakukan bantuan CPR sehingga anda sampai ke klinik atau hospital haiwan.

Jika boleh, minta sesiapa untuk hantar anda ke vet supaya anda boleh lakukan bantuan CPR dalam perjalanan.

Lihat video di bawah untuk keterangan yang lebih lanjut cara-cara membuat CPR.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!