Pentingnya Kesihatan Si Bulus Yang Memberi Manfaat
Share

Kucing peliharaan membawa banyak manfaat kepada kesihatan pemiliknya. Memang terbukti dari kajian saintifik bahawa kucing kesayangan boleh menurunkan tekanan darah, stres dan kegelisahan disamping beberapa maanfaat yang lain.
Sudah pasti sebagai pemilik, kita mahukan yang terbaik untuk kucing tersayang. Seperti manusia, pemakanan yang lengkap dan seimbang amat mustahak bagi menjaga kesihatan kucing.
Suplemen dan vitamin mampu menjaga kesihatan keseluruhan kucing kita.
Terdapat banyak jenis suplemen untuk kucing. Berbincanglah dengan doktor veterinar anda agar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk kucing tersayang anda.

Tingkatkan Sistem Imun Si Bulus Dengan VetriSCIENCE
Sistem imun memainkan peranan penting dalam mempertahankan badan daripada jangkitan. Nutrisi baik dapat menyokong sistem imun yang sihat, di samping menjaga kesihatan keseluruhan yang baik.
VetriSCIENCE kini telah menghasilkan produk-produk yang mampu meningkatkan fungsi sistem imun, membantu menjaga kesihatan mental dan fizikal kucing anda, serta membekalkan adaptogen yang mustahak dalam menghadapi stres akibat peningkatan usia si bulus.

Vetri DMG
Formula sokongan kesihatan dan fungsi sistem imun untuk si bulus anda. DMG adalah sejenis adaptogen yang membantu tubuh mengatasi pelbagai bentuk stress. DMG menyokong prestasi dengan meningkatkan peredaran darah dan mempercekapkan penggunaan oksigen.
Ia menyokong penghasilan glutathione intraselular dan SAMe, dan membekalkan kumpulan metil untuk proses pembinaan dan proses detoksifikasi. DMG membantu menguatkan tindak balas imun ketika tubuh menghadapi antigen dan mikroorganisma asing. Kajian klinikal menunjukkan bahawa DMG menyokong penghasilan limfosit dan antibodi.

NU Cat
Nu Cat adalah suplemen multivitamin kucing yang boleh dikunyah. Ramuan lebih dari 20 bahan, termasuk mineral penting, asid lemak omega dari minyak ikan, dan taurin dirumus khas untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental kucing anda.

Vetri Lysine Plus
Disyorkan kerana mampu menyokong fungsi sistem imun, pembentukan kolagen, pembaikan tisu, aktiviti antioksidan, dan penghasilan antibodi dan limfosit. Asid amino L-lisin menyokong penghasilan hormon, antibodi dan enzim, serta pembentukan kolagen dan pembaikan tisu.
Jom dapatkan produk-produk VetriSCIENCE ini di klinik verterinar berdekatan anda bagi mengekalkan sistem imun kuat buat si bulus kesayangan.