Perangai Pelik Kucing Yang Buat Kita Sering Tertanya-tanya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Perangai Pelik Kucing Yang Buat Kita Sering Tertanya-tanya

Share

Kucing adalah haiwan yang sentiasa membawa kebahagian kepada dunia dengan wajah yang comel serta tingkah laku mereka yang lucu.

Kadang kala, ada saja kelakuan kucing yang kita tidak dapat rungkaikan atau menjadi persoalan. Kelakuan-kelakuan seperti menolak barang jatuh dari atas meja, ‘mengurut’ dan mengunyah charger pastinya menjadi tanda tanya kepada pemilik-pemilik kucing.

Mengapa Kucing Berlari Laju Setelah ‘Melepaskan Hajat’?

Ini adalah antara persoalan yang menjadi tanda tanya pemilik kucing. Menurut Mental Floss, terdapat beberapa sebab saintifik mengapa kucing berlari selepas membuang najis.

Ada pakar tingkah laku haiwan yang menjelaskan bahawa ia adalah salah satu cara survival kucing di alam semula jadi supaya pemangsa tidak dapat menjejak mereka melalui bau najis mereka.

Namun, pakar biologi pula berpendapat bahawa ia adalah tingkah laku melawan yang dilakukan oleh anak kucing untuk mengelakkan ibu mereka dari membersihkan bahagian dubur mereka selepas membuang najis.

Mengapa Kucing Merenung Anda?

Menurut doktor veterinar Dr. Patty Khuly, kucing merenung anda kerana: 1) mereka mahukan sesuatu daripada anda, kemungkinan besar adalah makanan; atau 2) mereka menganggap anda adalah pemangsa (terutamanya jika kucing jalanan) dan sedang mengawasi diri mereka daripada anda.

Mengapa Kucing Tidak Mengendahkan Anda?

Menurut satu kajian pada tahun 2019 yang dilakukan di Universiti Sophia, Jepun, kucing mampu mengenal pasti namanya sendiri. Jadi jika kucing anda buat tidak tahu apabila anda memanggilnya, mereka mungkin malas dan sudah penat melayan anda, atau mungkin juga anda kedekut treats dengannya.

Mengapa Kucing Suka Mengunyah Barang-barang Anda Seperti Wayar Pengecas Atau Beg Plastik?

Menurut ASPCA, terdapat beberapa sebab mengapa kucing mengunyah barang-barang. Kebiasaannya, mereka dalam keadaan bimbang dan resah, atau bosan, atau mereka sememangnya sedang sakit. Jika kucing anda berkelakuan begini secara tiba-tiba, mungkin ada baiknya jika anda kenal pasti puncanya.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa anak kucing yang ‘putus susu’ dari ibunya terlalu awal akan berkelakuan begini kerana ia mengingatkan mereka ketika mereka masih menyusu.

Mengapa Kucing Tidur Begitu Lama?

Dr. Mike Paul menjelaskan di PetHealthNetwork.com, walaupun kebanyakan kucing mampu tidur sehingga 16 jam sehari, agak sukar untuk mereka tidur lena dengan cepat. Menurutnya, kebanyakan masa kucing hanya berada dalam kondisi ‘light sleep‘. Kucing pada dasarnya sedang merehatkan mata mereka tetapi mereka tidak betul-betul tidur.

Mengapa Kucing Berlaga Kepala Dengan Anda?

Menurut ASPCA, kucing berlaga kepala dengan anda kerana ia sayangkan anda! Dengan melagakan kepala mereka pada anda, ia seolah-olah menanda anda sebagai miliknya.

Mengapa Kucing Suka Makan Tumbuhan?

Di jalanan, kucing mengunyah atau makan tumbuhan sebagai nutrisi tambahan atau kerana rasa tumbuhan itu yang sedap. Kucing rumah bagaimanapun mungkin hanya bosan atau tertarik dengan tumbuhan yang melambai-lambai.

Mengapa Kucing ‘Mengurut’ Anda?

Perbuatan kneading atau mengurut adalah kebiasaan kucing lakukan semasa masih kecil ketika sedang menyusu badan. Jadi, jika kucing mengurut-ngurut anda, ia tanda mereka sedang dalam keadaan tenang dan mereka sayangkan anda seperti ibu mereka!

Source: Google

Mengapa Kucing Beri ‘Hadiah’ Yang Pelik Dan Jijik (Tikus, Lipas, Tupai) Kepada Anda?

Ini adalah kerana mereka sayangkan anda dan mahu berikan hasil usaha mereka kepada anda. Selain itu, ini juga adalah kerana ia mahu anda berbangga dengannya dan memujinya.

Jika kucing anda yang mempunyai anak kecil melakukan perkara ini, kemungkinan kucing itu mahu mengajar anaknya memburu.

Mengapa Kucing Suka Tolak Barang Jatuh?

Ini adalah antara perkara yang merunsingkan pemilik-pemilik kucing. Kadang-kala, barang-barang mahal seperit pasu antik atau gelas kaca menjadi mangsa kucing peliharaan.

Perbuatan ini kemungkinan ada kaitan dengan perhatian yang diinginkan. Kucing tahu jika mereka menjatuhkan sesuatu, anda akan memberinya perhatian. Jadi mereka akan menjatuhkan barang jika mereka mahukan perhatian daripada anda, atau mungkin… makanan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!