Kenali Perbezaan Makanan Si Bulus 'Fresh Pack' VS 'Repack' Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Editor Produk

Kenali Perbezaan Makanan Si Bulus ‘Fresh Pack’ VS ‘Repack’

Share

Kini dengan adanya platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan juga Mudah.my, tentunya mudah buat untuk semua orang khususnya pemilik kucing. Jadi, tidak sukar untuk membeli makanan kucing yang premium buat si bulus anda menikmati makanan yang berkhasiat tapi adakah anda dapat pastikan perbezaan makanan si bulus semasa pembelian dalam talian ini.

Namun, isu makanan kucing original atau re-pack turut mendapat perhatian semua pihak dimana ada perbezaan makanan si bulus dan jika produk tersebut merupakan barangan yang selalu dibeli. Ada yang ragu-ragu untuk membeli makanan yang re-pack kerana dikhuatiri fake dan peniaga inginkan untung semata.

Jika ingin kepastian ketiga-tiga perbezaan ini, jom scroll ke bawah untuk tahu dengan lebih lanjut makanan kucing jenama ini.

Freshpack

Umum mengetahui bentuk bungkusan makanan berjenama yang eksklusif selalunya ia datangkan dengan pelbagai jenis perisa makanan buat si bulus mengikut spesifikasi yang korang nak berikan untuk bulus korang.

Bagi jenis ini, korang tak perlu risau dengan kualitinya kerana ia memang dihasilkan terus dari syarikat ini. Kelebihan pack yang original ini ialah, kebersihan dan bungkusan lebih terjamin kerana didatangkan dengan zip/lekatan untuk pengawalan angin dalam bungkusan supaya tidak mudah rosak.

Selain itu, dengan di belakang bungkusan, terdapat informasi mengenai makanan tersebut dan disertakan sekali nombor yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang aduan tentang kerosakan makanan si bulus korang. Jadi, korang tak payah risau kalau rasa rugi sebab beli.

Repack

Selalunya, makanan kucing jenis repack akan dijual di kedai-kedai haiwan jadi perbezaan makanan si bulus anda kebiasaan akan lihat. Mungkin kerana mereka membuat pesanan dengan membeli bungkusan yang lebih besar.

Kelebihannya, makanan jenis repack ialah anda boleh mendapat harga yang lebih murah berbanding fresh pack kerana saiz yang lebih kecil dan boleh membelinya dengan kerap. Selain itu, bagi pemilik bulus yang ingin mencuba pertama kali, selalunya akan membeli makanan jenis re-pack untuk percubaan kepada bulus mereka.

Namun, ada juga beberapa keburukan. Bagi pemilik kucing yang ingin membeli bungkusan jenis repack, mereka harus semak terlebih dahulu dan saiz kibbles Equilibrio ini. Risau tersalah beli makanan kucing yang dewasa, sedangkan si bulus korang masih kecil lagi dan kucing korang tak mahu makan makanan yang dibeli.

Tip bagi kucing yang tidak ada selera disini.

Selain itu, bungkusan re-pack juga kemungkinan boleh diragui kerana ada sesetengah kedai haiwan yang tidak bertanggungjawab akan campurkan kibbles yang jauh lebih murah untuk mendapatkan keuntungan semata.

Ketiga, bungkusan jenis re-pack selalunya kualiti makanan akan berkurangan disebabkan sudah dibuka terlebih dahulu dan dimasukkan ke bungkusan yang lebih kecil. Aroma bau dan rasa kibbles akan berbeza dari yang freshpack.

Jadi, korang semua dah sedia maklum yang ada kelebihan dan juga keburukan untuk bungkusan repack ini. Kalau korang sayangkan si bulus korang dan ingin mereka sentiasa makan makanan yang segar, korang dah boleh pertimbangkan yang mana baik ataupun buruk.

Tiruan

Perbezaan Makanan Si Bulus

Kenali Perbezaan Makanan Si Bulus ‘Fresh Pack’ VS ‘Repack’

Berhati-hati dengan pembelian produk makanan kucing tiruan di pasaran atas talian. Kebanyakkan produk tiruan dijual dengan harga yang jauh lebih murah & telah dibungkus semula (repack) dan ini menampakkan dengan jelas perbezaan makanan si bulus.

Kebiasaannya, pengguna yang biasa dengan sesebuah jenama makanan kucing biasanya mudah menilai kerana produk tiruan mempunyai bentuk serta warna kibble yang tidak sama dengan original.

Manakan tidak, produk berjenama yang dibawa dari luar negara ini biasanya mempunyai julat harga yang tinggi. Adalah hampir mustahil untuk produk ini dijual dengan sangat murah. Ketahui kadar harga makanan kucing Equilibrio disini.

Jadi, pemilihan pembelian makanan kucing perlu diambil perhatian sewajarnya bagi memberi kepuasan kepada si bulus serta tuan yang membeli. Pemilihan kualiti oleh pembeli amat memainkan peranan, bila pembelian dari pek re-pack yang sedikit murah pasti akan memberi kesan kepada kualiti makanan berkenaan secara amnya.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!