Persahabatan Kucing Dan Meerkat Ini Begitu Erat Sehingga Menawan Hati Pengguna Media Sosial Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Persahabatan Kucing Dan Meerkat Ini Begitu Erat Sehingga Menawan Hati Pengguna Media Sosial

Share

Keputusan Ekaterina Kuraeva, 45, mengambil seekor meerkat untuk adopsi daripada Zoo Moscow enam tahun lalu kerana ia tidak mendapat penjagaan yang diperlukan adalah satu tindakan yang amat tepat kerana hari ini, meerkatnya mempunyai seorang, atau seekor, penjaga setia yang menjaganya dengan baik.

Penjaganya adalah seekor kucing, Nice, yang dari hari pertama sudah serasi bersama meerkat yang bernama Surya tersebut.

Chillin'

Walaupun berasal daripada Afrika, Surya tidak menghadapi masalah dengan cuaca dan persekitaran baru di Rusia, terima kasih kepada rakan baiknya Nice yang membantunya menyesuaikan diri.

Dah macam belangkas dua ekor ni!

Walaupun kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza – Nice seekor kucing yang chill dan tenang, manakala Surya lebih aktif dan suka bermain – itu tidak menjadi masalah bagi kedua-dua haiwan ini.

Main nyorok-nyorok.

Pasangan BFF ini boleh dilihat berpelukan, bermain dan makan bersama-sama melalui akaun Instagram mereka @meerkat_suren yang mempunyai lebih daripada 45,000 pengikut.

Dah habis makan apa lagi... Membongkang la kerja!
Letih bermain.

Ekaterina sangat bersyukur kedua-dua Nice dan Surya telah serasi sejak awal pertemuan.

“Ianya bertuah mereka boleh menjadi kawan dan sangat menyayangi antara satu sama lain,” katanya kepada Bored Panda.

Ekaterina mengambil Surya ketika ia masih kecil dan ketika itu Nice sudah berumur dua tahun.

[Foto & Video: Instagram @meerkat_suren]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!