Personaliti Kucing Copycat Personaliti Tuannya, Fakta Atau Mitos? Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Personaliti Kucing Copycat Personaliti Tuannya, Fakta Atau Mitos?

Share

Kucing bukan hanya sekadar haiwan peliharaan, malah boleh dikatakan sebagai bff atau dilayan sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.

Si comel ini bukan hanya boleh merasai emosi tuannya serta menaikkan mood semula, malah boleh meniru personaliti tuan mereka.

Sebenarnya, kucing berpotensi meniru keperibadian tuannya seperti sifat terbuka, kepelbagaian emosi, cara bersosial atau kekacauan mental (neurotic).

Keadaan neurotic merangkumi sifat seperti murung, kebimbangan, ketakutan,kemarahan, kekecewaan, iri hati, rasa bersalah, depresi dan kesepian.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

Kajian yang dijalankan oleh University of Lincoln dan Nottingham Trent University mendapati personaliti tuan boleh mempengaruhi personaliti kucing (Owner-pet relationship).

Ciri-ciri personaliti dominan yang ada pada tuan kucing dapat dilihat dengan jelas dalam diri si comel.

Kucing yang hidup bersama tuan neurotic akan cenderung mempunyai tingkah laku yang bermasalah.

Manakala si pencinta kucing yang bersifat extrovert mempunyai kucing yang sangat gemar bermain di luar

Walaupun begitu, Kajian oleh Profesor Denise Guastello dari Carroll University, Waukesha, Winsconsin melihatkan bahawa pencinta kucing lebih bersifat introvert dan neurotic.

Menurut Dr Denise, situasi berbeza ini bergantung kepada pilihan persekitaran si pencinta kucing.

Hasil kajian Dr Denise pula mendapati pencinta kucing ini sangat pintar dan cenderung mendapat mata tinggi dalam ujian kepintaran.

Menurut beliau, sifat ingin tahu si pencinta kucing membuatkan mereka mencari tahu jawapan kepada setiap persoalan

Sifat ingin tahu atau curiosity ini juga merupakan antara ciri yang ada pada si comel.

Selain itu, sifat yang ada pada si pencinta kucing ini adalah rule-breaker! dan teguh dengan pendirian.

Pencinta kucing juga bersifat sensitif dan mempunyai pemikiran terbuka

Ciri-ciri seperti ini dapat dilihat dengan jelas dalam personaliti si comel terutamanya rule-breaker.

Menurut Dr Denise, kucing lebih sesuai bagi mereka yang cenderung untuk menghabiskan masa di dalam rumah.

Jika dibandingkan kucing dan anjing, kucing lebih banyak meluangkan masa mereka di dalam rumah berbanding di luar.

Hasil kajian daripada Fakulti Perubatan Veterinar University of Messina, kucing yang sentiasa dekat dengan tuannya akan mengadaptasi gaya hidup tuan mereka.

Kucing merupakan haiwan peliharaan domestik yang sangat bijak dan mempunyai memori yang sangat lama.

Si comel akan belajar dari pemerhatian (watch and learn) dan membuatkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran tuannya.

Pendapat lain menyatakan kucing cenderung memilih tuan yang sama keperibadian denganya begitu juga bagi pencinta kucing.

Faktor lain yang perlu diambil kira adalah jenis baka kucing dan persekitaran si comel membesar.

Faktor-faktor diatas membentuk personaliti si kucing yang sama 100% seperti tuannya atau hanya beberapa ciri sahaja.

Menurut Laura Finka seorang penyelidik dari Nottingham Trent University, terdapat kebarangkalian kucing terpengaruh dengan personaliti tuannya melalui cara interaksi serta layanan dari tuannya.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!