Personaliti Kucing Mengikut Warna Bulu Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Personaliti Kucing Mengikut Warna Bulu

Share

Tahukah anda, kucing mempunyai personaliti unik yang berbeza yang berdasarkan warna mereka yang tersendiri.

Jom kenali personaliti kucing mengikut warna mereka.

1. Calico

Kucing Calico boleh dikenali dengan warna bulu putihnya sebagai warna utamanya dan ditambah lagi dengan dua tompokan warna oren dan hitam/kelabu.

Kucing calico mempunyai personaliti yang sering berubah-ubah. Kucing calico juga mempunyai sifat yang sangat aktif, sifat ingin tahu yang kuat dan suka bermain. Warna Calico selalunya terdapat pada kucing betina dan jarang bagi kucing jantan. Kucing calico jantan kebiasaannya akan mengalami masalah kesihatan seperti masalah sistem reproduksi.

2. Piebald

Kucing Piebald mempunyai bulu berwarna putih sebagai warna utama dan ditambah lagi dengan satu tompokan warna lain seperti kucing tuxedo ataupun kucing belang seperti tabby.

Kucing ini mempunyai mood yang stabil tetapi ia juga boleh berubah. Ada kadangkala ia mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda dan ia juga cuba menjauhkan diri apabila anda cuba mendekatinya.

3. Tabby

Kucing berwarna tabby biasanya mempunyai corak ‘M’ di dahinya, garisan di kawasan mata, pipi, bahagian badan, kaki dan juga ekornya. Ia kelihatan berbelang-belang seperti harimau.

Terdapat empat corak tabby yang berbeza, masing-masing berbeza mengikut genetik, iaitu corak mackerel, classic, ticked dan spotted.

Kucing ini mempunyai sifat yang penyayang, cerdas dan amat suka bergaul. Mereka juga merupakan pemburu yang hebat. Ini mungkin kerana keturunan mereka yang terdahulu hidup di kawasan liar.

4. Oren

Adult pregnant domestic cat isolated on a white background.

Kucing yang terkenal dengan kenakalan mereka, kucing berwarna oren cenderung untuk meminta belaian dan perhatian. Kucing ini amat manja dan penyayang. Kucing oren juga peramah dan suka mendekati manusia. Ia juga membenarkan sesiapa sahaja membelai mereka.

5. Hitam

Pelbagai mitos mengatakan bahawa kucing hitam ini membawa nasib malang. Tetapi ia sebenarnya tidak, malah perangai kucing hitam adalah kucing yang pemalu, namun ia juga penyayang. Kucing hitam juga merupakan kucing yang lebih sensitif berbanding kucing-kucing lain.

6. Putih

Kucing berwarna putih mempunyai personaliti yang kompleks dan sukar untuk difahami. Selalunya, kita harus mengambil masa dan bersabar untuk membentuk hubungan dengan kucing ini. Namun, ia akan menjadi penyayang apabila anda sudah berjaya mendapatkan kepercayaan dan hubungan daripadanya.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!