Petua Latih Kucing Guna Litter Box - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Petua Latih Kucing Guna Litter Box

Share

Seperti haiwan-haiwan lain, kucing belajar mengenai kehidupan daripada ibunya.

Ibu kucing akan mengajar anaknya cara membersihkan diri, cara bermain, cara memanjat dan juga cara membuang najis dengan betul.

Bagi kucing sudah biasa dari kecil, anda tidak perlu bersusah payah melatihnya menggunakan litter box.

Tetapi jika anda adopt kucing jalanan yang sudah dewasa, agak sukar untuk melatihnya menggunakan litter box kerana ia tidak pernah melihat litter box.

Melatih kucing menggunakan litter box memang agak susah dan memakan masa, anda perlukan kesabaran dan jangan berputus asa di tengah jalan.

Berikut haiMeow kongsikan panduan untuk melatih kucing anda menggunakan litter box.

Pilih litter box yang sesuai
Antara penyebab kucing membuang di luar bekas najis adalah disebabkan bekas yang terlalu kecil.

Saiz bekas adalah penting terutamanya jika kucing anda sedang melalui proses tumbesaran.

Jangan gunakan bekas yang sama ketika ia masih kecil jika sudah tidak muat lagi.

Tentukan bekas najis tertutup atau terbuka
Kedua-dua jenis litter box mempunyai kebaikannya tersendiri.

Anda haruslah menentukan jenis bekas yang anda mahu gunakan dari ia kecil lagi.

Jika kucing sudah biasa menggunakan sesuatu jenis bekas, agak sukar bagi mereka menyesuaikan diri dengan bekas jenis lain.

Sediakan lebih daripada satu bekas
Ini penting jika anda tinggal di rumah yang bertingkat.

Letakkan litter box di setiap tingkat bagi memudahkan kucing anda.

Jika anda tinggal di rumah setingkat dan mempunyai ruang lebih di rumah, lebih bagus jika anda sediakan lebih daripada satu bekas untuk si bulus.

Pastikan litter box mudah diakses
Kadang-kadang ada pemilik yang meletakkan litter box di kawasan yang tersembunyi kerana tidak mencacatkan pemandangan di rumah.

Tetapi jika litter box sukar diakses oleh si bulus, ia mungkin akan membuang merata-rata.

Jika anda tidak tahan bau najisnya, pastikan pasirnya yang ditukar dan bukan lokasi litter boxnya.

Pastikan jumlah pasir mencukupi
Terlalu banyak pasir boleh menyebabkan persekitaran bekas najis bersepah, kerana sebahagian sisa pasir akan ditendang keluar ketika kucing anda menimbus.

Tetapi jika jumlah pasir terlalu sedikit, kucing anda akan berasa tidak selesa lalu menyebabkan ia membuang di luar litter box.

Pastikan litter box sentiasa bersih
Bersihkan litter box si bulus dengan mencedok keluar najisnya dan sisa pasir yang sudah terkumpul sekurang-kurangnya dua kali hari sehari bagi memastikan ia sentiasa bersih dan selesa untuknya.

Jadi ‘cikgu’ kepada kucing anda
Jika anda adopt kucing jalanan, kemungkinan besar ia tidak pernah menggunakan litter box sepanjang hidupnya terutamanya jika ia sudah dewasa.

Anda perlu membantunya untuk membiasakan diri menggunakan litter box.

Perhatikan jadual membuangnya dan angkatnya ke litter box apabila ia ingin membuang.

Ajarnya dengan penuh kesabaran dan jangan memaksa atau memarahinya.

Belajar jadual membuang si bulus
Adalah penting bagi pemilik kucing untuk mengetahui dan memahami jadual kucing membuang supaya dapat mempraktikkan kesemua petua-petua yang disenaraikan.

Mengetahui jadual membuang si bulus juga dapat memberi isyarat kesihatan kucing anda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!