Pulau Kucing Di Pekan, Pahang Tarikan Terbaharu Pencinta Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Pulau Kucing Di Pekan, Pahang Tarikan Terbaharu Pencinta Kucing

Share

Pasti anda pernah mendengar tentang pulau kucing yang popular di Aoshima dan Tashirojima di Jepun di mana populasi kucing di situ adalah lebih banyak daripada manusia.

Bagi pencinta kucing, adalah menjadi impian untuk berkunjung ke tempat seperti itu dan dikerumuni oleh segerombolan si bulus yang sentiasa berkeliaran di setiap sudut pulau tersebut.

Namun bagi anda yang tidak berpeluang untuk terbang jauh ke negara matahari terbit itu, terdapat destinasi yang serupa di Pekan, Pahang seluas empat hektar yang menempatkan kira-kira seratus ekor kucing yang dinamakan Meow Island.

Meow Island diasaskan oleh Allahyarham Tengku Lukmannadzira bin Tengku Hussin pada 2015 atas kecintaannya terhadap kucing dan usahanya untuk membantu kucing jalanan yang terbiar.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Meow Island, digalakkan untuk membawa sumbangan berbentuk makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan beban kewangan sukarelawan yang menjaga kucing-kucing di pulau itu.

Anda juga boleh menyumbang dari segi tenaga dengan membantu membersihkan kawasan kawasan sekitar.

Di sini juga terdapat haiwan-haiwan lain seperti kambing, itik dan monyet.

Orang awam turut dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan membuang kucing di pulau ini sesuka hati dan menghubungi pihak sukarelawan jika ingin meletakkan kucing jalanan di situ.

Bayaran masuk bagi Meow Island adalah RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Untuk ke sini, anda boleh Waze “Meow Island”.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!