Pulau Kucing Yang 'Top' Di Jepun Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Pulau Kucing Yang ‘Top’ Di Jepun

Share

Kita semua tahu bermain dengan kucing adalah perkara yang sangat menyeronokkan, lagi-lagi dengan telatah mereka yang comel dan amat melucukan.

Tahukah anda, terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi jika bermain secara kerap dengan kucing, bukan sahaja pada si bulus tetapi juga pada diri anda.

Jom ketahui manfaat-manfaat bermain dengan kucing!

Pulau Aoshima, Wilayah Ehime

Pulau Aoshima yang terletak di wilayah Ehime ini merupakan pulau kucing yang amat terkenal bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia. Uniknya di pulau ini, penduduknya cuma dalam lingkungan 15-20 orang manakala terdapat kira-kira 120 ekor kucing yang mendiami pulau ini. Ini bermakna jumlah kucing adalah enam kali ganda daripada jumlah manusia.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Aoshima terletak kira-kira 1.6 kilometer dari wilayah Ehime di selatan Jepun. Pada awalnya, kucing-kucing ini dibawa masuk melalui kapal oleh nelayan untuk menangani masalah tikus dan sejak dari saat itulah kucing-kucing ini mula membiak dan menetap di pulau ini.

[Sumber: Thomas Peter/Reuters]
[Sumber: Thomas Peter/Reuters]

Walaubagaimanapun, pulau Aoshima bukanlah lokasi pelancongan yang terkenal kerana di pulau ini tiada kemudahan seperti hotel dan restoran, serta kemudahan pengangkutan melainkan feri sahaja. Waktu perjalanan bagi feri ke pulau ini juga hanya dua kali sehari sahaja.

Selain itu, penduduk di sini majoritinya adalah warga tua. Mereka menerima kehadiran pelancong yang mehu mendekati kucing-kucing di pulau ini, tetapi para pelancong dinasihatkan supaya tidak memberi makan kucing-kucing di pulau ini kerana mereka diberi makan oleh penduduk pulau.

[Sumber: Thomas Peter/Reuters]

Pulau Tashirojima, Wilayah Miyagi

Pulau Tashirojima juga merupakan salah satu pulau kucing yang terkenal di Jepun. Pulau kecil ini merupakan pulau utama di Ishinomaki yang terletak dalam wilayah Miyagi.

Untuk pengetahuan anda, populasi yang tinggal di pulau ini hanya dalam lingkungan 100 sahaja dan terdapat lebih daripada 100 ekor kucing yang menetap di pulau Tashirojima. Pulau yang pernah memelihara ulat sutera untuk menghasilkan sutera ini pernah menghadapi masalah gangguan tikus. Disebabkan itulah kucing ‘diperkenalkan’ untuk menghadapi masalah berkenaan.

Selain itu, terdapat kepercayaan penduduk pulau ini bahawa apabila penduduk pulau keluar pulang daripada menangkap ikan dan memberi kucing-kucing di sini makan, mereka akan memperolehi kekayaan dan nasib yang baik. Oleh itu, penduduk di sini sangat menjaga dan menyayangi kucing-kucing di sini.

[Sumber: Kazutaka Sawa/Creative Common]
[Sumber: Kazutaka Sawa/Creative Common]

Kucing-kucing di pulau ini juga adalah maskot bagi pulau ini. Disebabkan itu tiada haiwan peliharaan lain seperti anjing yang tinggal di pulau ini, sekaligus memberi gambaran yang jelas bahawa ini adalah pulau kucing kepada pelancong.

Di pulau ini juga terdapat tokong kucing yang dipanggil Neko-jinja di tengah-tengah antara dua kampung di pulau ini bagi mendoakan kucing-kucing yang mati akibat dihempap batu.

Menariknya lagi, di pulau ini ada kedai serbaneka yang menjual makanan kucing, van kucing dan sudah tentunya kucing! Oleh itu, bagi anda yang mencintai budaya, sejarah dan kucing, anda wajib singgah ke pulau Tashirojima ini jika melawat Jepun.

[Sumber: Kazutaka Sawa/Creative Common]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!