Risiko Penyakit Batu Karang Kepada Kucing Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Risiko Penyakit Batu Karang Kepada Kucing

Share
Kucing

Kebiasaannya, kita hanya mengetahui penyakit saluran kencing tersumbat atau batu karang hanya menyerang manusia.

Namun, sebenarnya kucing juga mempunyai risiko untuk diserang penyakit yang merbahaya ini.

Kencing tersumbat selalunya dikaitkan dengan penyakit Batu Karang dalam pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) yang kerap terjadi kepada kucing jantan.

Namun, kucing betina juga tidak terkecuali. Anatomi saluran kencing kucing jantan yang lebih sempit, panjang dan bengkok, menyebabkan saluran kencing mereka senang tersumbat berbanding kucing betina.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada FLUTD, terutamanya dari aspek pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi, stres dan juga faktor kurang air dalam badan.

Faktor-faktor ini boleh mengundang terbentuknya batu karang di dalam saluran kencing kucing.

Simptom awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang:

  • Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil
  • Jumlah air kencing yang sedikit
  • Kerap menjilat organ kemaluannya
  • Kadang kala kencing berdarah
  • Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan
  • Tiada selera makan atau minum

Semua kes batu karang yang tersumbat (FLUTD) adalah sianggap kecemasan dan kritikal, kerana toksin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan.

Toksin yang terkumpul boleh menyebabkan kematian sel-sel, kerosakan pada organ-organ tertentu dan akhirnya membawa kepada kematian.

Justeru, kes sebegini sangat memerlukan rawatan segera oleh doktor veterinar.

FLUTD juga boleh mengundang pelbagai penyakit lain sama ada jangkitan virus atau bakteria dan masalah fisiologi lain sekiranya keadaan tidak dirawat pada peringkat awal.

Ini kerana, kucing yang sakit akan mengalami kemurungan atau stres yang melampau, tiada selera makan dan seterusnya menyebabkan sistem imuniti badan merosot.

Langkah-langkah untuk menghindari masalah batu karang:

  • Berikan makanan kucing bermutu tinggi bersesuaian dengan kucing. Terdapat pelbagai produk makanan yang mempunyai formulasi khusus untuk mengelakkan kes FLUTD
  • Pastikan sumber minuman bersih dan mencukupi
  • Berikan makanan basah (wet food) sekali-sekala kepada kucing kerana kandungan air yang tinggi
  • Sediakan bekas najis yang mencukupi jika mempunyai kucing yang banyak supaya kucing boleh membuang najis dengan selesa. Jika kucing tidak selesa untuk membuang najis, ia akan rela tahan atau membuang najis merata-rata
  • Kurangkan suasana stres di dalam rumah, kerana ini boleh menyumbang kepada masalah FLUTD
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!