Royal Canin Perkenal Hematuria Detection, Pengesan Masalah Saluran Kencing Pada Peringkat Awal

Type to search

Haimeow Kesihatan

Royal Canin Perkenal Hematuria Detection, Pengesan Masalah Saluran Kencing Pada Peringkat Awal

Share
royal canin

Kucing adalah haiwan yang pandai menyembunyikan kesakitannya, jadi adalah sukar bagi pemilik-pemilik kucing untuk mengenalpasti sama ada kucing mereka dalam keadaan yang baik atau tidak.

Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan kucing peliharaan, Royal Canin telah melancarkan Hematuria Detection, penyelesaian canggih yang berupaya mengesan tanda awal penyakit saluran kencing.

Kebiasaannya, pemilik kucing hanya akan sedar tentang penyakit yang dihadapi si comel apabila sudah berada pada tahap kritikal, di mana sudah terlambat dan sukar untuk dirawat.

Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah amat penting untuk kesihatan kucing. Hematuria atau darah dalam air kencing adalah salah satu tanda klinikal penyakit saluran kencing bawah kucing (FLUTD) dan ia mungkin menunjukkan keadaan yang serius.

Hematuria Detection adalah butir-butir kecil yang membolehkan pengesanan awal darah mikroskopik di dalam air kencing kucing dan boleh dilakukan di rumah dengan mudah.

royal canin

Dr. Kavindaran Krisnasamy, Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia yang juga merupakan seorang doktor veterinar berkata: “Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD). Ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius.”

Menurutnya, FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa yang muda hingga pertengahan umur, tetapi ia juga boleh dihidapi oleh kucing lain tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca dan kemungkinan.

“Disebabkan sifat atau tabiat semula jadi, kucing adalah haiwan yang pandai berahsia dan sering sorokkan tanda penyakit atau kesakitan. Lazimnya pemilik hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal, yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan.

“Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing,” tambah beliau.

royal canin
Dr. Kavindaran Krisnasamy, Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia yang juga seorang doktor veterinar bertauliah

Dalam kebanyakan kes, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar. Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal. Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing.

ROYAL CANIN® Hematuria Detection adalah produk yang dipreskripsi oleh doktor veterinar dan ia adalah sangat mudah untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkannya tertekan. Hanya tiga langkah untuk menggunakan Hematuria Detection:

  1. Tabur: Tabur secara rata butir-butir putih di atas pasir kucing dan tunggu sehingga kucing anda membuang air kecil.
  2. Periksa: Selepas itu, periksa bekas pasir kucing tersebut. Jika butir-butir tadi berubah warna dari putih kepada biru dalam beberapa saat, ini menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD.
  3. Dapatkan nasihat: Hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah seterusnya.

Produk ROYAL CANIN® Hematuria Detection boleh didapati di klinik-klinik veterinar dan hanya melalui prekripsi oleh doktor veterinar.

royal canin

Selain itu, Royal Canin turut memperkenalkan FHN Sterilised yang secara khusus memenuhi keperluan kucing yang sudah dimandulkan, termasuk membantu mereka mengekalkan sistem urinari yang sihat.

ROYAL CANIN® FHN Sterilised adalah tinggi dari segi kandungan protein dan diperkayakan dengan L-Carnitine bagi memenuhi keperluan nutrisi kucing dewasa yang telah dimandulkan.

Bagi memberi lebih pilihan dan memenuhi selera setiap kucing, Royal Canin turut memperkenalkan ROYAL CANIN® Sterilised Wet Pouch, makanan basah untuk si kucing.

Kedua-dua jenis makanan basah dan makanan kering ini diformulasi bagi menyediakan diet dengan nutrisi optimum untuk kucing mengikut keperluan dan gaya hidup mereka.

royal canin
royal canin
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!