Royal Canin Dan PetFinder.my Lancar Kempen Adopsi 'Adopt to Save a Life' - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Royal Canin Dan PetFinder.my Lancar Kempen Adopsi ‘Adopt to Save a Life’

Avatar
Share
Royal Canin PetFinder.my

Royal Canin Malaysia dengan kerjasama PetFinder.my baru-baru ini melancarkan kempen ‘Adopt to Save a Life’ untuk menggalakkan orang ramai mencari haiwan peliharaan menggunakan platform PetFinder.my.

Usaha tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai adopsi haiwan peliharaan dalam kalangan masyarakat.

Melalui kempen tersebut, mereka yang melakukan adopsi melalui PetFinder.my akan menerima pek permulaan daripada Royal Canin yang mengandungi satu beg makanan haiwan Royal Canin, bekas makanan, cawan pengukur makanan dan panduan penjagaan anak kucing/anjing.

“Kami berbesar hati memainkan peranan dalam kempen ini di mana sejumlah 150 yang melakukan adopsi kucing dan anjing akan menerima
Pek Permulaan ROYAL CANIN® bagi meneydiakan ahli keluarga baru ke rumah mereka. Pemberian ini akan berterusan setiap bulan hingga Mei 2021,” kata Dr. Melissa Phoon, Pengurus Urusan Korporat Komunikasi Saintifik. Royal Canin Malaysia.

Pengerusi Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA), Selangor, Christine Chin berkata bukan sahaja penting untuk adopsi haiwan peiharaan, tetapi penjagaan mereka juga harus dititikberatkan. Beliau turut menekankan kepentingan memandulkan haiwan peliharaan.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memiliki kasih sayang dan kebaikan untuk makhluk dan haiwan di sekitar kita.

“Pada masa lalu, SPCA Selangor menyaksikan ribuan haiwan dibuang. Situasi tersebut telah bertambah baik dengan lebih ramai rakyat Malaysia prihatin tentang haiwan. Namun, saya rasa masih banyak ruang untuk diperbaiki,” tambah beliau.

Royal Canin PetFinder.my

Pengasas PetFinder.my, Andy Koh berkata idea untuk platform itu tercetus secara tidak sengaja apabila beliau menyelamatkan seekor anak anjing.

“Saya mendapati terdapat banyak penyelamat haiwan liar seperti saya yang tidak dapat mencari saluran yang sesuai untuk mencari mereka yang sudi untuk adopsi.

“Tambahan pula, saya sendiri terlibat dalam industri teknologi maklumat, jadi saya memulakan inisiatif yang membina rangkaian untuk menghubungkan penyelamat, pencinta dan pengasuh haiwan,” kata Andy.

Menurutnya, senarai adopsi pada separuh pertama tahun 2020 adalah rendah. Walau bagaimanapun, dengan pelancaran baru aplikasi mudah alih PetFinder yang lebih mesra pengguna, ditambah dengan pendedahan dan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kadar penggunaan, ia menyaksikan peningkatan mendadak sejak Jun.

“Sekarang adalah masa yang sangat sukar dan mencabar bagi penyelamat dan tempat perlindungan haiwan tetapi jika semua orang melakukan tugas mereka dalam menyelamatkan, memupuk, menderma, adopsi atau bahkan menyebarkan berita di media sosial, kami dapat membantu meringankan beban tersebut,” jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini layari www.royalcanin.com and https://PetFinder.my/RoyalCaninStarterPack

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!