Kenali Rusty-spotted Cat, Spesis Kucing Liar Paling Kecil Di Dunia - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka

Kenali Rusty-spotted Cat, Spesis Kucing Liar Paling Kecil Di Dunia

Share

Apabila bercakap tentang spesis kucing liar yang tinggal di hutan, pasti akan terbayang di fikiran pemangsa bersaiz besar seperti harimau atau harimau bintang.

Tidak ramai yang mengetahui satu spesis kucing liar bersaiz kecil yang tinggal di hutan, iaitu Rusty-spotted Cat.

Rusty-spotted cat adalah kucing liar paling kecil di dunia dengan panjang hanya 35 ke 50 cm dan berat hanya sekitar 0.9 ke 1.6 kg bagi seekor kucing dewasa. Ekornya pula mempunyai panjang sekitar 15 ke 30 cm.

Rusty-spotted Cat boleh dijumpai di kawasan hutan di India dan Sri Lanka. Walaupun bersaiz kecil, ia mempunyai reputasi sebagai pemburu yang hebat. Antara mangsa kesukaannya adalah haiwan-haiwan kecil lain seperti tikus dan burung.

Makhluk kecil ini dikenali sebagai haiwan nokturnal, dan hanya kadang-kadang keluar pada waktu siang.

Pada waktu siang, mereka lebih suka bersembunyi di pokok atau di dalam gua daripada pemangsa yang lebih besar.

Rusty-spotted Cat mempunyai ketajaman penglihatan enam kali ganda lebih baik daripada manusia, jadi mereka pantas mengesan mangsa atau pemangsa.

Rusty-spotted Cat dianggap sebagai haiwan yang ‘hampir terancam’ oleh International Union for Conservation of Nature. Dipercayai gangguan kepada habitatnya menjadi ancaman utama kepada spesis berkenaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!