Saat-saat Genting Anggota Pertahanan Awam Selamatkan Anak Kucing Tersepit Belakang Jamban - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Saat-saat Genting Anggota Pertahanan Awam Selamatkan Anak Kucing Tersepit Belakang Jamban

Share

Seorang pemuda berkongsi saat-saat ketika anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan anak kucingnya yang tersepit di belakang jamban.

“Terima kasih @JPAMtwiter untuk bantuan dan perkhidmatan yang cekap dan pantas menyelamatkan anak kucing saya yang tersepit di celah belakang jamban. Moment2 yg intense berakhir dengan kejayaan!” luah Khairil Anuar di akaun Twitternya.

Menurutnya, anak kucing orennya yang berusia satu bulan itu menyelinap masuk ke dalam tandas tanpa disedari olehnya.

“Tadi lepaskan kejap dorg kat ruang tamu, tahu2 sekor merayap masuk toilet pastu boleh pulak menyelit kat ruang sempit blkg jamban tu.” jelasnya.

Para petugas APM dilihat menggunakan kamera kecil yang disambung ke skrin untuk proses mencari dan menyelamat itu.

Ini antara reaksi orang ramai apabila mengetahui warna kucing tersebut:

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!