Sanggup Tinggal Di Tempat Pembuangan Sampah Demi Rawat Kucing Jalanan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Sanggup Tinggal Di Tempat Pembuangan Sampah Demi Rawat Kucing Jalanan

Share

Sebuah kawasan tempat pembuangan sampah telah menjadi rumah kepada seorang nenek berusia 79 tahun dan kucing-kucingnya sejak satu tahun lalu.

Jumirah (gambar), atau lebih mesra dipanggil Nenek Ompong tinggal di kawasan pembuangan sampah yang terletak di Beji, Ungaran Timur, di wilayah Semarang bersama kira-kira 20 ekor kucing yang dijaganya.

Jumirah dahulunya tinggal di Bulu, Semarang Utara, Semarang bersama 22 ekor kucingnya. Rumah yang didiaminya dibangunkan oleh pihak berkuasa. Masalah timbul apabila salah seekor kucingnya dituduh mencuri ikan.

“Salah seekor kucing saya yang bernama Ragil Kuning dituduh mencuri setengah kilogram ikan keli, yang mungkin berharga 10 ribu rupiah. Saya tidak terima, lalu saya ganti sebanyak 50 ribu rupiah dan saya turut dimaki. Saya sedih dan menangis, kucing saya tidak mencuri,” kata Jumirah yang kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia.

Jumirah kemudiannya memilih untuk pergi dari rumahnya untuk mengelak dari sebarang masalah.

Jumirah berkata, dia bukanlah seorang pencinta haiwan tetapi menjaga kucing-kucing tersebut kerana kasihan akan nasib mereka.

“Saya hanya kasihan. Itu saja. Kalau tidak ada yang jaga, mereka susah makan. Kasihan,” katanya.

Jumirah menyara kehidupannya dengan mencari barang kitar semula untuk dijual.

Nenek berhati mulia ini ada mendapat bantuan daripada orang ramai yang menyumbang makanan untuk dirinya dan juga kucing-kucing yang dijaganya.

Menurut Jumirah, dia sudah tidak mengingati jumlah kucing yang telah dirawat olehnya.

“Kucing yang mati tidak usah dihitung. Tapi yang hidup harus terus dirawat agar sihat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua kucing-kucing tersebut mempunyai namanya sendiri dan akan tidur bersama-sama dengan dirinya.

Sepanjang tinggal di kawasan pembuangan sampah berkenaan, Jumirah beberapa kali pernah menderita penyakit seperti demam dan cirit-birit tetapi dia tidak menghiraukannya.

[Sumber & Foto: Kompas]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!