Scottish Fold, Si Manja Bertelinga 'Kelepet' - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka

Scottish Fold, Si Manja Bertelinga ‘Kelepet’

Avatar
Share

Penampilan Scottish Fold yang comel dan mudah mesra menjadikan baka telinga ‘kelepet’ ini menjadi sangat popular, terutamanya di Amerika Utara, di mana ia berkembang menjadi kegilaan untuk dibiakkan menjadi kucing pertunjukan.

Jika baka American Curl mempunyai telinga yang terlipat ke bahagian belakang, mutasi Scottish Fold pula menyebabkan telinga mereka berlipat ke hadapan.

Kesemua generasi baka Scottish Fold hari ini telah berkembang dari seekor betina sehingga menjadi sebuah ladang kucing Scottish Fold yang saban hari makin mendapat tempat dalam kalangan pencinta kucing baka asli (pure breed).

Sejarah

Sekitar tahun 1961, baka Scottish Fold yang asli bernama Susie telah ditemui pertama kali di satu kawasan pertanian yang terletak di Coupar Angus, Perthshire, Scotland oleh William Rose.

Susie dikatakan memiliki penampilan ataupun mimik muka yang mirip dengan wajah burung hantu, di mana kedua-dua belah telinganya terlipat dan tertutup tidak seperti baka kucing yang lain.

Malangnya, Susie telah terbunuh di awal usianya akibat dilanggar oleh sebuah kereta, namun induk ini terlebih dahulu sempat melahirkan anak kucing lain dengan telinga ‘kelepet’ sepertinya yang bernama Snooks yang meneruskan keturunan Scottish Fold.

Pengembangan Baka

Pada tahun 1966, Rose telah mendaftarkan kucing unik ini ke Governing Council Of The Cat Agency (GCCF) dan kemudiannya mula mengembangkan baka Scottish Fold dengan bantuan seorang ahli genetik bernama Pat Turner.

Oleh itu, pembiakan baka ini telah menghasilkan sebanyak 76 ekor anak kucing pada tiga tahun pertama. Tetapi, hanya 42 ekor sahaja yang mempunyai telinga berlipat dan tertutup manakala selebihnya mempunyai telinga seperti biasa.

Secara umum, Scottish Fold terbahagi kepada dua jenis iaitu standard dan non-standard. Selain itu, peringkat fold pula merangkumi tiga jenis iaitu single fold, double fold dan juga triple fold.

Ciri-ciri

Dek kerana fizikal telinga berlipat yang jarang berlaku, dan hakikat bahawa tidak semua anak kucing dilahirkan dengan telinga yang berlipat, ia adalah amat sukar untuk mencari baka Scottish Fold ini.

Baka Scottish Fold merupakan kucing yang lasak, sama seperti keturunan nenek moyang mereka. Perangai baka ini padan dengan air mukanya yang manis.

Scottish Fold adalah kucing yang tidak begitu vokal dan tidak lantang bersuara. Selain itu, Scottish Fold juga adalah baka yang sangat manja dan peramah.

Penjagaan & Persekitaran

Scottish Fold mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis persekitaran atau suasana. Baka ini juga amat selesa jika diletakkan di dalam sebuah bilik bersama dengan kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan lain seperti anjing.

Kebiasaannya, Scottish Fold tidak mudah panik apabila dibawa untuk pertunjukan atau ke tempat yang mempunyai ramai orang kerana ia mudah menyesuaikan diri.

Scottish Fold adalah baka yang tidak banyak kerenah dan mudah dikendalikan. Jika anda ingin membela baka ini, pastikan meluangkan banyak masa dengan kucing anda kerana Scottish Fold adalah baka yang amat dahagakan perhatian.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!