Sebab Mengapa Dilarang Memberi Kucing Anda Coklat Verst Haimeow );

Type to search

Sebab Mengapa Dilarang Memberi Kucing Anda Coklat

Haimeow Kesihatan

Sebab Mengapa Dilarang Memberi Kucing Anda Coklat

Share

Perkara ini sering dianggap remeh dan dipandang tidak serius oleh sebahagian masyarakat tidak kira pencinta kucing atau mereka ynag tidak membela kucing.

Coklat adalah antara makanan yang dilarang sama sekali untuk diberi kepada kucing kerana ia boleh mebunuh mereka.

red and white plastic blocks

Untuk pengetahuan anda semua, coklat boleh dikatakan sebagai racun untuk kucing-kucing anda kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada usus mereka dan akan menyebabkan mereka cirit-birit dan muntah. Malah boleh membawa kepada kematian yang anda pasti tidak diinginin.

Sebabnya kerana coklat mengandungu dua bahan yang beracun bagi mereka iaitu CAFFEINE dan THEOBROMINE.

Apa itu THEOBROMINE?

THEOBROMINE merupakan bahan yang dibukti secara saintifik mampu membunuh haiwan domestik kerana fungsi THEOBROMINE ialah untuk merawat tekanan darah tinggi, perangsang ringan dan melegakan otot-otot licin bronkus dalam paru-paru manusia.

Tetapi untuk haiwan domestik pula, merek mempunyai metabolisme theobromine yang agak perlahan dari manusia. Jadi ia tidak sesuai untuk mereka.

Segala produk berasakan coklat adalah DILARANG sama sekali untuk mereka.

Antara tanda mereka keracunan coklat ialah, mereka akan muntah, cirit birit, demam, kurang selera makanhingga mengakibatkan kematian.

Jika anda mendapati tanda-tanda tersebut, segera dapatkan rawatan doktor veterinar kerana ia merupakan kes kecemasan bagi kucing anda.

Sama kisahnya CAFFEINE  iaitu ia digunakan untuk memberi tenaga dan perangsang untuk tubuh badan manusia. Jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi kepada haiwan peliharaan anda semua.

orange tabby cat lying on concrete wall during daytime

Apabila ada budak-budak datang ke rumah pastikan tiada coklat atau produk bercoklat bersama mereka kerana dikhuatiri mereka akan memberi kucing kesayangan anda makan.

Simpan coklat-coklat anda di tempat selamat dan pastikan mereka tidak menyentuh “racun” demi menjaga keselamatan mereka dan anda pasti tidak ingin mereka pergi dengan penuh penyesalan.

Sumber: Themamamiaow, Klinik Haiwan Shanadz

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!