Sebab Mengapa Kucing Dianggap Dewa Oleh Masyarakat Mesir Purba Verst Haimeow );

Type to search

Sebab Mengapa Kucing Dianggap Dewa Oleh Masyarakat Mesir Purba

Haimeow Cerita

Sebab Mengapa Kucing Dianggap Dewa Oleh Masyarakat Mesir Purba

Share

Tamadun mesir purba memang sering dikaitan dengan analogi dewa, mitos, lagenda dan mistik. Tapi apa yang lebih menarik ialah masyarakat mesir purba amat menjaga serta menghormati kucing dan menganggap mereka sebagai dewa pelindung.

Menurut sejarah purba, kucing pertama kali dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Mesir kira-kira 10,000 tahun yang lalu.

Masyarakat mesir purba kebanyakkannya hidup sebagai petani dan mereka sering menghadapi masalah dalam melindungi hasil pertanian daripada dirosaki haiwan perosak seprti tikus dan ular.

Dari situ, orang mesir purba menyedari baagaiman hebatnya kucing melindungi hasil tanaman mereka dengan membunuh dan mengejar haiwan perosak. Dan dari situ, hampir kesemua penduduk mesir purba membela kucing demi menjaga rumah mereka.

Orang mesir purba mempercayai bahawa jika mereka bermimpikan kucing, mereka akan mendapat nasib yang baik. Kepercayaan agama mereka juga juga berkait rapat dengan perkara ini.

Berdasarkan kisah purba, dewi Bastet merupakan dewa-dewi yang menyerupai seekor singa betina dan kemudiannya kucing. Dia bertanggungjawab melindungi rumah, wanita, kucing serta kelahiran bayi.

Bastet, Patung, Dewi Kucing

Oleh sebab itu, masyarakat mesir purba amat menyanjungi kucing kerana mereka percaya dewi Bastet akan melindungi mereka. Mereka juga mengukir patung-patung sembahan serta pelbagai azimat berukiran atau berbentukkan kucing.

Kucing Bastet, Mesir, Patung Kucing

Kepercayaan itu sedikit sebanyak masih dipakai oleh masyarakat mesir kini. Ini menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri terhadap haiwan tertentu atau benda yang boleh melindungi mereka.

Sumber: Iluminasi, Ancient History Encypodia

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!