Sekumpulan Pemancing Selamatkan Anak Kucing Hampir Lemas Bawah Jambatan Pulau Pinang - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Sekumpulan Pemancing Selamatkan Anak Kucing Hampir Lemas Bawah Jambatan Pulau Pinang

Share

Sekumpulan pemancing menjadi wira apabila bertungkus lumus menyelamatkan seekor anak kucing yang kelihatan terkapai-kapai cuba berenang di bawah Jambatan Pulau Pinang.

Video hasil kiriman Baharudin sue yang tular di Facebook page Penang Kini menunjukkan sekumpulan pemancing tersebut menggunakan jala untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.

Syabas dan ribuan terima kasih kepada sekumpulan pemancing ini kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang hampir lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang semalam. "Sapalah makhluk yg buang kucing ke bawah jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi" (Foto-Foto di ruangan komen)

Anak kucing yang berwarna hitam dan putih itu kelihatan berusaha berenang ke arah jala yang dihulurkan sekumpulan pemancing tersebut.

Menurut pengirim, anak kucing tersebut disyaki dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Sapalah makhluk yang buang kucing ke bawah Jambatan Pulau Pinang. Namun umurnya masih panjang bila sahabat saya bersama anaknya berjaya menyelamatkan kucing tersebut pagi tadi,” tulis pengirim.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana anak kucing itu berjaya diselamatkan dan berterima kasih kepada wira-wira tersebut kerana berusaha menyelamatkan kucing itu.

Foto: Facebook Baharudin sue/Penang Kini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!