Selamat Bersara! Kucing Penangkap Tikus Di Pejabat Luar Negeri UK Umum Persaraan Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Selamat Bersara! Kucing Penangkap Tikus Di Pejabat Luar Negeri UK Umum Persaraan

Share

Seekor kucing yang bertugas sebagai penangkap tikus di Pejabat Luar Negeri (FCO) United Kingdom, telah meletakkan jawatannya secara rasmi untuk menghabiskan masanya di ‘kampung’.

Perletakan jawatannya itu diumumkan dalam satu surat rasmi melalui akaun Twitternya, @DiploMog, yang memaklumkan bahawa ia mahu ‘melarikan diri’ daripada menjadi tumpuan ramai.

Keputusan untuk bersara itu dilakukan setelah mendapati dirinya lebih selesa dan santai meluangkan masa di rumah ketika kuarantin.

Palmerson yang mempunyai lebih 111,000 pengikut di Twitter, telah bertugas di pejabat tersebut sejak empat tahun lalu.

[Gambar: Twitter @DiploMag]

Palmerston dipilih daripada ratusan kucing jalanan lain yang ditempatkan di pusat perlindungan Battersea Dogs and Cats Home di barat daya London untuk membantu mengatasi masalah jumlah tikus yang banyak di bangunan FCO di King Charles Street, Downing Street.

Ketua pusat perlindungan Lindsey Quinlan memberitahu, Palmerston telah menjadi duta yang hebat untuk Battersea.

“Selama berkhidmat di Pejabat Luar Negeri, Palmerston telah membuktikan betapa hebatnya kucing jalanan dan kehadirannya ternyata membawa kegembiraan kepada orang ramai,” katanya.

Dalam surat tersebut, Palmerson juga ada menyatakan bahawa ia lebih “suka memanjat pokok dan meronda sekitar rumah barunya di kawasan kampung” daripada daripada mendengar ucapan orang kenamaan asing.

Palmerston kemungkinan akan berada dalam jagaan salah seorang petugas FCO yang menjaganya ketika perintah kuarantin sebelum ini.

Pekerja-pekerja di FCO kebanyakannya bersedih atas persaraan kucing kesayangan pejabat itu, tetapi menghormati keputusannya dan berterima kasih atas khidmatnya selama ini.

[Gambar: Twitter @SMcDonaldFCO]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!