Sering Bergaduh Pada Awalnya, Kucing Ini Rindu Rakannya Yang Masuk Hospital - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Sering Bergaduh Pada Awalnya, Kucing Ini Rindu Rakannya Yang Masuk Hospital

Avatar
Share

Antara perkara yang menjadi kegusaran pemilik kucing adalah ketika ingin memperkenalkan kucing mereka kepada kucing baru.

Kucing adalah haiwan yang sukar untuk menyesuaikan diri pada persekitaran baru atau asing bagi mereka, jadi kehadiran kucing atau haiwan baru pasti membuat mereka berasa terancam atau tidak selesa.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya memperkenalkan kucingnya kepada kucing baru yang dia bawa pulang untuk adopsi.

Menurutnya, kucingnya yang diberi nama Wonton itu sering bertindak agresif dan mendesis terhadap kucing barunya, Dumpling.

Namun, satu kejadian merubah segala-galanya.

Pada suatu hari, Dumpling jatuh sakit dan terpaksa ditinggalkan bersama doktor haiwan untuk dirawat.

Ketika itulah Wonton mula tercari-cari Dumpling dan menunggu di hadapan pintu untuk kepulangannya.

Tambah wanita itu, sejak daripada itu, Wonton dan Dumpling mula menjadi sahabat baik dan tidak dapat dipisahkan.

[Sumber: TikTok @loocytoosy]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!