Si Bulus Ada Asma, Tindakan Dan Tips Untuk Penjaga Kucing Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Si Bulus Ada Asma, Tindakan Dan Tips Untuk Penjaga Kucing

Share

Seperti manusia, kucing juga mempunyai masalah asma atau lelah. Lelah adalah masalah pembuluh udara dalam paru-paru si comel yang dipanggil ‘bronki‘. Apabila kucing mengalami lelah, sekeliling pembuluh udara akan mengecil dan selaput pembuluh udara membengkak menyebabkan si bulus susah untuk bernafas.

Biasanya punca asma pada kucing adalah alahan kepada aerosol, detergen atau kosmetik. Ada juga kucing alergik dengan debu, asap dan debunga. Selain itu cuaca juga menyumbang kepada penyakit ini seperti terlalu sejuk dan panas.

Gejala Awal

Perhatikan kucing kesayangan anda apabila bermain. Selain perrkembangan tumbesaran kucing, dari pemerhatian anda juga boleh melihat tahap kecergasan dan keaktifan mereka. Gejala awal asma kucing adalah:

  • Hilang selera makan
  • Cepat penat
  • Nafas pendek
  • Dada dan leher mengembang apabila bernafas
  • Bernafas mengeluarkan bunyi seperti bersiul

Tindakan Awal

Bertenang Dan Jangan Panik

Apabila si bulus sesak nafas, pertama sekali jangan kelam-kabut. Ia menyebabkan si bulus lagi takut dan lebih susah untuk bernafas. Jangan menterjah atau menangkap kucing secara kasar.

Seeloknya ambil si bulus dengan perlahan dan bawa ke klinik secepat mungkin tanpa meletakkan dalam sangkar. Si bulus dalam keadaan sesak nafas, tidak selesa dan takut. Jangan biarkan mereka rasa terkurung.

Klinik Veterinar

Doktor akan merawat si bulus. Walaupun asma tidak boleh sembuh sepenuhnya, doktor akan memberi rawatan untuk mengurangkan tempoh serangan sesak nafas terhadap kucing. Anda hanya perlu mengikut jadual yang diberikan oleh doktor. Jangan sesekali ‘skip‘ jadual rawatan si comel anda!

Tips Kurangkan Serangan Asma

Kebersihan

Biasanya bila dah ada kucing di rumah, kebersihan rumah perlu dijaga ‘extra‘. Selain elak rumah berbau, bulu kucing melekat pada sofa dan debu. Anda juga jaga kebersihan rumah untuk si bulus anda. Guna vakum untuk bersihkan setiap sudut rumah kerana si bulus tidak boleh ‘terima’ habuk dan debu.

Pokok Hiasan

Kenal pasti pokok hiasan dalam rumah anda yang boleh membuatkan reaksi alergi pada kucing. Teliti dan jangan letak pokok hiasan yang boleh menyebabkan si bulus asma. Banyak pokok hiasan dalaman yang ada, jadi pilih yang sesuai dengan kucing anda.

Merokok

Selain daripada tidak elok untuk kesihatan dalaman manusia, kucing juga terkesan dengan asap rokok. Elak merokok dalam rumah. Lagi elok berhenti terus, kan?

Bertanggungjawab

Jangan disbabkan kucing mempunyai asma, anda pergi jual atau buang pula. Jaga si bulus dengan baik. Elakkan si bulus bermain terlalu aktif. Berikan masa untuk berehat dan bertenang.

Jika tidak mahu menggunakan pasir kucing kerana berdebu, gantikan dengan pasir kucing mesra alam atau buatan sendiri (DIY), anda pun boleh jimat.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!