Si Bulus Sering Selsema? Kenalpasti Tanda dan Tahap Sakit Kucing Anda - Verst Haimeow );

Type to search

Si Bulus Sering Selsema? Kenalpasti Tanda dan Tahap Sakit Kucing Anda

Haimeow Kesihatan

Si Bulus Sering Selsema? Kenalpasti Tanda dan Tahap Sakit Kucing Anda

Avatar
Share

Adakah kucing kesayangan anda sering selsema walaupun sudah diberi ubat beberapa kali? Anda perlulah mengenal pasti dahulu jenis dan tanda-tanda kucing anda itu di tahap keberapa.

Tahap awal
Tanda-tanda awal ialah seperti kucing anda sering bersin dan mata berair. Kucing anda juga akan sering demam, batuk, air liur meleleh dan mereka mungkin menghidapi stres atau depresi.

Tahap teruk
Antara tanda-tanda kucing anda semakin teruk ialah mereka akan mengalami keradangan di bahagian mata atau lebih dikenali sebagai pink eye. Hingus mereka akan lebih pekat dan air liur mereka akan meleleh secara berlebihan. Mereka akan juga lebih mudah mendapat ulser di mulut ataupun lidah.

brown tabby cat on gray textile

Tahap kritikal
Apabila kucing anda sudah berada di tahap kritikal anda perlu lebih peka dan segera mendapatkan rawatan di hospital. Antara tanda-tandanya ialah, kelopak mata mereka akan tertutup rapat akibat lelehan likat dari radang mata dan boleh menyebabkan kucing anda buta. Kucing anda juga akan kehilangan deria dan selera untuk makan.

orange tabby cat lying on concrete wall during daytime

Rawatan dan langkah pencegahan
1. Anda perlulah mengasingkan kucing anda yang sakit dengan kucing yang sihat. Virus dan penyakit akan lebih mudah merebak sekiranya mereka duduk bercampur.

2. Rujuk di hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat yang sesuai dari doktor. Tetapi perlu diingatkan bahawa antibiotik yang diberi bukanlah membunuh virus tersebut tetapi sebagai pelindung tahap imuniti badan kucing anda.

3. Pemberian vaksin dapat membantu kucing-kucing anda yang lain daripada mudah berjangki dengan virus yang merebak.

4. Beri mereka makan dengan makanan basah ataupun lembut seperti sardin kerena makanan ini mempunyai bau yang kuat untuk menarik selera mereka.

5. Pastikan mereka mendapat air yang cukup dan bersih serta persekitaran yang bersih.

Sumber: Facebook My Own pet Shop

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!