Si Bulus Tak Selera Makan, Atasi Dengan Tips Ini
Share

Selera si bulus kadang-kadang berubah atau bosan dengan makanan yang anda sediakan. Cuba ubah selera atau cara anda memberi makanan. Sesetengah kucing memang cerewet dan susah untuk makan.
Jadi, mungkin anda boleh cuba tips ini untuk menambah selera si bulus kesayangan.
Kesihatan
Pastikan tahap kesihatan kucing anda baik. Jika kucing tidak selera kerana sakit, rawat dengan segera. Tetapi jika kucing anda sihat pastikan anda tahu makanan kegemaran mereka. Perhatikan selera kucing anda supaya tidak salah memberi makan.
Campur Ubat
Jangan sesekali campurkan ubat dengan makanan walaupun anda rasa itu cara paling senang untuk si bulus makan ubat. Tidak! Kucing boleh bau ubat tersebut. Ia menyebabkan kucing anda langsung tidak mahu makan.
Bersih
Bersihkan bekas makanan dan minuman kucing. Sebelum letak makanan baru, keringkan bekas terlebih dahulu. Lagi-lagi jika bekas makanan sudah dikerumuni semut.
Pilihan
Kesian si bulus hari-hari makan makanan yang sama. Kucing pun tahu bosan. Sekali-sekala sediakan dua makanan yang berlainan, makanan kering dan makanan basah. Biarkan kucing anda pilih mengikut seleranya. Jika anda mahu menukar makanan baru, berikan sedikit dahulu untuk tengok tahap selera si kucing.
Mangkuk
Si bulus tidak suka bekas makanan dan minmuman yang terlalu dalam dan kecil. Misai yang sensitif menyebabkan kucing tidak selesa. Pastikan mangkuk yang anda sediakan bersesuaian dengan mulut kucing.
Berkongsi
Kalau anda mempunyai banyak kucing di rumah, pastikan tempat makanan dan bekas makanan bersih. Selain itu, bekas makanan boleh dikongsi sekurang-kurangnya hanya dua ekor sahaja. Jika anda ada banyak kucing, sediakan bekas makanan yang lebih banyak.