Si Comel Kehilangan Gigi? Ketahui Perubahan Gigi Anak Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Si Comel Kehilangan Gigi? Ketahui Perubahan Gigi Anak Kucing

Share

Sama seperti manusia, kucing juga mempunyai gigi susu dan gigi susu anak kucing juga akan patah dan digantikan dengan gigi kekal. Tetapi, tidak ramai yang pernah menjumpai atau melihat gigi susu anak kucing yang patah. Ketahui lebih lanjut mengenai gigi kucing dan bagaimana ia berubah daripada kecil hingga dewasa.

Adakah Anak Kucing Dilahirkan Dengan Gigi?

Sama seperti manusia, anak kucing dilahirkan tanpa gigi. Salah satu sebab utama adalah kerana anak kucing menyusu dengan ibu mereka ketika masih kecil. Bayangkan bagaimana kesakitan yang terpaksa dihadapi oleh ibu kucing setiap kali menyusu anak-anaknya jika anak kucing dilahirkan dengan gigi.

Selepas dua hingga tiga minggu, gigi susu anak kucing akan mula tumbuh. Gigi anak kucing akan tumbuh lengkap ketika ia menjangkau umur 7 minggu, tepat pada waktunya mereka diperkenalkan kepada makanan kucing.

Pada umur 8 minggu, apabila ia sudah cukup umur untuk makan makanan kucing, mereka sudah mempunyai 26 batang gigi.

Bila Anak Kucing Mula Kehilangan Gigi?

Anak kucing mengalami perubahan dramatik berkaitan kehilangan gigi seperti juga anak anjing. Tidak sama seperti kucing dewasa, gigi anak kucing lebih lembut. Gigi susu mula gugur ketika mereka berusia 3 bulan dan digantikan dengan gigi kekal.

Adalah biasa bagi anak kucing menelan gigi susu apabila ia mula gugur. Jadi, jarang untuk anda menjumpai gigi susu mereka yang gugur di sekitar lantai atau di mana-mana kawasan rumah anda. Kadang-kala, gigi susu boleh dijumpai di dalam bekas makanan atau minuman anak kucing.

Adakah Perkara Buruk Boleh Berlaku?

Anda tidak perlu risau kerana anak kucing anak kucing sudah mahir dalam proses ini secara semula jadi. Cuma kadang kala, terdapat juga masalah yang boleh berlaku seperti maloklusi (susunan gigi dan gigitan yang tidak ideal).

Maloklusi

Maloklusi berlaku apabila gigi atas dan gigi bawah tidak berada pada kedudukan yang betul. Jika anda menutup mulut anda, anda boleh rasakan dengan lidah bahawa rahang atas lebih besar daripada rahang bawah – gigi atas menakup luar gigi bawah anda. Gigi kucing juga sama seperti itu.

Kadang kala, terutamanya pada keturunan ‘brachycephalic’ (baka kucing yang mempunyai wajah pendek seperti Parsi dan Himalayans), gigi yang tumbuh tidak akan berada di posisi yang sepatutnya, dan hasilnya adalah maloklusi. Dalam sesetengah kes, maloklusi berlaku dengan agak teruk dan memerlukan rawatan, atau mungkin juga pembedahan.

Gigi Susu Tidak Gugur Dengan Betul

Satu lagi masalah yang boleh berlaku adalah apabila gigi susu tidak gugur dengan betul, dan kekal menjadi gigi dewasa. Ini boleh merosakkan susunan gigi sehingga membawa kepada masalah tartar. Pembedahan perlu bagi melakukan susunan semula. Dalam kes ini, gigi susu perlu dibuang dan dikeluarkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!