Si Comel Lebih Tertarik Kepada Si Ailurophobia? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Si Comel Lebih Tertarik Kepada Si Ailurophobia?

Share

Siapa sahaja tidak jatuh cinta kepada si bulus sejurus sahaja melihat kepada kecomelan mereka, ditambah pula perwatakan lincah pasti membuatkan si pencinta kucing berasa geram sahaja. Kalau si comel buat salah pun tak sampai hati nak marah malah kalah dengan pandangan comel ditambah pula reaksi muka tidak bersalah mereka.

Namun ada juga segelintir manusia yang kalis kucing. Jangan kata hendak melihat kucing, kucing datang menghampiri pun mereka dah boleh lari sekuat hati gara-gara takut kepada si comel ini. Keadaan ini dikenali sebagai Ailurophobia.

Perkataan Ailurophobia berasal daripada perkataan Greek – ailurous yang bermaksud kucing dan phobos iaitu perasaan takut. Ailurophobia merupakan satu bentuk fobia dimana seseorang takut dengan kucing.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

Awak takut dengan kite ke!? OMG!

Ailurophobia ini disebabkan seseorang itu mengalami trauma dengan kucing seperti pernah dicakar, digigit sehingga mendatangkan kecederaan ataupun dia memang tidak menyukai kucing.

Terdapat ungkapan yang mengatakan bahawa kucing lebih tertarik untuk mendekati mereka yang mempunyai Ailurophobia. Situasi kontradik ini dapat dijelaskan dengan menilai kelakuan kucing.

Menurut doktor haiwan Dr. Jessica Vogelsang, pencinta kucing akan teruja apabila melihat kucing, tindakan spontan adalah seperti mendepakan tangan dan meluru ke arah kucing tersebut untuk membelainya. Manakala Ailurophobia pula akan cuba mengelak dari memandang mata kucing tersebut, mengelak dari menyentuh serta membelai malah menganggap kucing tersebut seperti tidak wujud di situ.

Tingkah laku itu membuatkan individu tersebut kurang menarik serta kurang potensi ancaman dari perspektif si comel. Pasti terkadang para pencinta kucing diluar sana rasa tidak puas hati apabila kucing lebih memilih rakan anda yang ‘non-cat lover’ berbanding anda. Padahal anda yang obses dengan kucing.

'Did i scare you that much?'

Jika anda melihat dari perspektif si comel, pandangan mata secara terus (direct eye contact) anda terhadap kucing menunjukkan pendominasian dan ‘intruder-alert’ yang membuatkan kucing berasa terancam. Kucing akan berasa tidak selamat, mengelakkan diri daripada anda dan pergi kepada Ailurophobia.

Jika anda tidak mahu kalah dengan si Ailurophobia, anda harus membina tanggapan yang baik dari perspektif si kucing. Lakukan ‘eye-contact’ yang kurang memberi ancaman kepada kucing, kerdipkan mata anda secara perlahan (nice and slow) untuk membina kepercayaan. Jika kucing membalas semula kerdipan anda bermaksud dia juga selesa dengan anda. Beri sedikit masa untuk kucing tersebut berinteraksi dengan anda dan barulah anda mula membelainya.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!