Sisi Gelap Pulau Kucing Di Brazil
Share

Siapa sangka pulau yang dipenuhi dengan mahkluk comel ini menyimpan sebuah rahsia yang gelap.
Pulau Tropikal Kucing atau dikenali sebagai Pulau Furtada di Brazil ternyata merupakan sebuah tempat untuk mereka yang mengabaikan kucing peliharaan dan membiarkan kucing-kucing tersebut hidup sendiri.
Menurut seorang sukarelawan, Puchalski, 47 menyatakan bahawa secara kasarnya terdapat 250 ekor kucing selama dua dekad.
Kucing-kucing tersebut dibiarkan tanpa sebarang perlindungan dan hanya berbumbungkan pokok-pokok dan tiada makananan disediakan.
Apa yang lebih membimbangkan apabila kawasan tersebut penuh dengan ular berbisa dan binatang yang berbahaya.
Nelayan-nelayan sering memberi mereka ikan dengan mencampakkan ke kawasan batu-batu namun ianya berbahaya dan boleh mengancam nyawa kucing-kucing tersebut.
Lebih parah, dengan keadaan pandemik yang melanda, kucing-kucing di Pulau Furtada tiada sumber makanan dan mereka terpaksa melahap bangkai-bangkai kucing di sana.
Kejadian itu disaksikan sendiri oleh nelayan-nelayan yang datang. Kita sebagai manusia perlulah lebih prihatin dengan kucing liar dan di kawasan kita.
Sumber: AP News