Snowshoe: Cucu Cicit Baka Kucing Siam Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka Shorthair

Snowshoe: Cucu Cicit Baka Kucing Siam

Share

Baka Snowshoe berasal dari wilayah Piladelphia, Amerika Syarikat ditemui pada tahun 1960 selepas seekor kucing siam melahirkan tiga ekor anak kucing istimewa berkaki putih. Baka istimewa ini kemudiannya dikacukkan dengan kucing dari baka American Shorthair dan beberapa baka lain.

KARAKTER

Snowshoe merupakan kucing bersaiz sederhana dengan mata dan telinga yang mempunyai bentuk seperti tiga segi. Warna mata snowshoe kebiasaannnya adalah biru, namun terdapat juga yang berwarna lain. Snowshoe memiliki bulu yang halus dan pendek.

Beberapa jenis warna bulu Snowshoe telah dikenalpasti antaranya adalah lilac, lynx, fawn, coklat, dan seal point. Berat Snowshoe boleh mencapai sekitar 6kg dan mampu hidup sekitar 14 ke 19 tahun.

Baka ini merupakan cucu-cicit kepada baka kucing Siam dan mewarisi ‘kepetahan’ nenek moyangnya yang suka mengiau dan mempunyai nada yang agak tinggi.

KESIHATAN

Mempunyai dua genetik warisan, baka ini mempunyai pelbagai masalah kesihatan bersifat genetik. Tetapi jangan khuatir kerana hanya sesekali sahaja akan terjadi keadaan di mana ekor atau mata mereka kelihatan tersilang.

Terdapat kecacatan kosmetik yang tidak menjejaskan kesihatan atau keupayaannya seperti kucing normal.

PENJAGAAN

Anda perlu sikat bulu Snowshoe satu atau dua kali untuk menghilangkan bulu mati dan minyak pada kulitnya. Giginya juga perlu diberus kerana dikhuatiri dijangkiti masalah periodontal.

Adalah baik untuk membiarkan kucing Snowshoe tinggal di dalam rumah bagi menjaga kesihatannya dari jangkitan penyakit kucing lain. Baka ini juga menjadi baka yang sering dicuri kerana kecantikan dan keramahan mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!