Soren, Kucing Buta Dengan Mata Cantik Persis Bulan - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Soren, Kucing Buta Dengan Mata Cantik Persis Bulan

Avatar
Share

Segalanya bermula di Melbourne, Australia tiga tahun lepas, Disember 2017 apabila Roslyn terjumpa seekor kucing yang tidak bermaya, kusut masai dan keletihan ditemukan dalam sebuah longkang.

Bermula dari detik itu, kehidupan Roslyn dan kucing buta itu, yang diberi nama Soren berubah serta-merta.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.

Roslyn bukanlah pencinta kucing tapi segalanya berubah apabila bertemu Soren dan dia membuat keputusan untuk memeliharanya pada Januari 2018.

[Sumber: Instagram @sorenmooneyes]

“Saya bukanlah pencinta kucing tapi nampaknya ada sesuatu berlaku antara kami selepas dia baring di paha saya dan ikatan itu terus terbina antara kami,” katanya.

Kunjungan ke veterinar kemudiannya menunjukkan Soren berusia antara 10 ke 13 tahun, ada masalah arthritis, pandangan kabur pada kedua-dua belah mata yang menyebabkan hampir buta sepenuhnya.

Meskipun punca penyakitnya tidak diketahui namun Soren tidak mengambil masa lama untuk ‘menghafal’ selok-belok ‘rumah baharunya’ bersama Roslyn, sebuah apartmen di Melbourne.

[Sumber: Instagram @sorenmooneyes]

“Soren menghafal selok-belok rumah saya dengan sangat cepat. Dia tiada masalah untuk mencari kotak pembuangan najis dan benda lain yang dia perlukan terutamanya makanan,” ujarnya.

Kucing istimewa itu mungkin kurang satu pancaindera dari segi penglihatan, namun pendengarannya sangat baik sehingga mampu membezakan bunyi tapak kaki Roslyn dan orang lain yang masuk ke rumah.

Turut mengalami masalah arthritis, Soren tidaklah aktif seperti kucing lain sebaliknya lebih gemar untuk duduk berehat dan mencari tempat-tempat yang empuk!

Keadaan itu memudahkan urusan Roslyn untuk menjaganya yang secara kebetulan turut mengalami masalah kesihatan.

“Kadangkala Soren ada juga terlanggar dinding tapi secara keseluruhannya, tidaklah sukar untuk menjaga kucing itu,” kata Roslyn.

[Sumber: Awani]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!