Tanda Si Bulus Sayang Akan Anda - Verst Haimeow );

Type to search

Tanda Si Bulus Sayang Akan Anda

Haimeow Cattiviti

Tanda Si Bulus Sayang Akan Anda

Avatar
Share

Kita sering mendengar tentang bagaimana manusia menyayangi kucing mereka tetapi jarang kita dengar bagaimana nak tahu kucing kita sayangkan kita.

Jadi mari bersama ketahui tanda-tanda kucing anda itu sayang ataupun tidak selesa bersama anda.

1. Usap Kepala Mereka Dekat Kita

Kucing yang percaya dan sayangkan anda, akan selalu mengusap kepala mereka dekat anda. Hal ini kerana mereka yakin yang anda akan selalu melindungi dan menjaga mereka. Semakin kerap mereka mengesel, semakin kuat rasa percaya kepada anda.

Pukulan, Kucing, Kesayangan, Hewan, Bulu

2. Tidur Bersama

Mereka juga akan sering tidur dan duduk bersama anda. Perasan tak kadang-kadang kita selalu duduk seorang dan tiba-tiba kucing anda datang dan tidur bersama. Ini menunjukkan mereka ingin menemani anda bagaimana anda menemani mereka ketika mereka ketakutan dulu.

Kucing, Kesayangan, Tidur

3. Bunyi “Purr”

Kucing akan mengeluarkan bunyi yang kuat ketika mereka tidur. Tetapi bunyi tersebut hanya akan keluar jika mereka yakin dan berasa selamat bersama anda. Kesayangan anda juga akan sering membuat bunyi “purr” tatkala bersama kerana ia dipercayai boleh mengurangkan stres manusia.

4. “Buah Tangan”

Jangan terkejut jika kucing anda sering membawa “buah tangan” dalam pelbagai bentuk dan jenis. Ini sebagai tanda mereka ingin membalas budi anda menjaga dan menyelamatkan mereka. Namun anda kena berhati-hati juga dikhuatiri “buah tangan” tersebut masih hidup dan merbahaya.

Kucing, Mouse, Berburu, Lucu, Hewan

Itu adalah tanda-tanda kucing anda sayang dan percaya akan anda. Jangan sia-siakan kepercayaan mereka begitu saja. Hargai dan sayangi mereka sepenuh hati anda.

Sumber: 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!