Tawar Hadiah Motosikal Sebagai Habuan Jika Jumpa Kucing Hilang - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Tawar Hadiah Motosikal Sebagai Habuan Jika Jumpa Kucing Hilang

Share

Bagi pencinta kucing, si bulus adalah makhluk yang amat penting dalam hidup mereka dan ada yang menganggap ia sebahagian daripada keluarga mereka.

Jika hilang, pastinya pemilik sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu semula dengan kucing mereka.

Tidak hairanlah ada pemilik yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang sebagai habuan kepada mereka yang menjumpai kucing mereka yang hilang.

Di Indonesia, seorang pemilik kucing menawarkan sebuah motosikal Honda Vario kepada sesiapa yang menjumpai kucingnya.

Pemilik kucing tersebut menyiarkan satu iklan di media sosial dengan kapsyen utama “DICARI KUCING HILANG!!! IMBALAN: MOTOR VARIO” lengkap dengan gambar kucing tersebut.

Turut disertakan gambaran kucing tersebut dan nombor telefon pemilik kucing, serta lokasi kucing tersebut hilang iaitu di Tangerang Selatan, Banten.

Honda Vario

Iklan tersebut dikongsi secara meluas di laman sosial termasuk di akaun Instagram @agoez_bandz4 yang mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

“Karna kalo sudah hewan peliharaan apalagi paling disayang segala cara di lakukan. Kucing liar ane rawat terus mati aja ane nangis. Apalagi kucing bagus kaya gini 😢. Cepet ketemu bagi pemilik dan cepet pulang yaa pusss.” tulis @nuggethelmi.

“Kucing mahal apalagi klo udh jdi kesayangan beh apa aja bakal di kasih klo kucingnya balik dengan selamat dan sehat👍👍,” tulis @abdullatief.33 pula.

Ternyata buat pencinta haiwan, haiwan peliharaan mereka adalah segala-galanya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk bertemu semula dengan haiwan kesayangan mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!