Telinga Terpaksa Dipotong, Kucing Ini Dihadiahkan Dengan Telinga Baru Yang Comel Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Telinga Terpaksa Dipotong, Kucing Ini Dihadiahkan Dengan Telinga Baru Yang Comel

Share

Seekor kucing terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kedua-dua telinganya yang terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan yang lebih serius.

Lady in a Fur Coat, atau nama pendeknya Lady sebelum ini adalah seekor kucing liar sebelum tiba di pusat perlindungan haiwan Dane County Humane Society (DCHS) di Madison, Wisconsin.

Pihak DCHS berkata bahawa Lady mempunyai beberapa masalah kesihatan dan salah satunya adalah jangkitan di telinganya.

Keadaan Lady selepas kedua-dua telinganya dipotong

Lady mengalami jangkitan yang amat serius dan hematotas di telinganya yang membuatkan pihak DCHS terpaksa mengambil keputusan untuk memotong kedua-dua telinga kucing tersebut.

“Kedua-dua telinganya terpaksa dipotong akibat jangkitan kronik dan hematomas.

“Ia bagaimanapun tidak menghalangnya untuk menggosok kepalanya kepada setiap orang yang ia jumpa,” tulis pihak DCHS di laman Facebook.

*UPDATE FROM THE ADOPTION CENTER! Lady in a Fur Coat was just adopted!!*Meet Lady in a Fur Coat, or Lady for short!…

Posted by Dane County Humane Society on Selasa, 14 Januari 2020

Melihat keadaan kucing tersebut, seorang staf di hospital tersebut, Ash Collins bertindak menghadiahkan Lady sepasang ‘telinga’ yang dikaitnya sendiri.

Lady dengan telinga barunya yang sangat comel!

Kurang 24 jam selepas status Facebook tersebut disiarkan, Lady telah berjaya menjumpai pemilik barunya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!