Terdapat 5 Jenis Pemilik Kucing, Menurut Penyelidik - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Terdapat 5 Jenis Pemilik Kucing, Menurut Penyelidik

Avatar
Share

Jika anda memiliki kucing, anda kemungkinan jatuh dalam salah satu daripada lima kategori pemilik kucing, menurut penyelidik di University of Exeter, England.

Terdapat pemilik yang tidak kisah dan membiarkan saja kucing mereka keluar untuk memburu, sementara ada juga yang tidak membenarkan sama sekali kucing mereka untuk berpijak ke dunia luar.

Oleh itu, penyelidik daripada University of Exeter telah mengkelaskan jenis-jenis pemilik berdasarkan kajian “Kucing, Pemilik Kucing dan Hidupan Liar” yang bertujuan untuk mengenal pasti cara bagi pemilik kucing menguruskan kucing mereka dan dalam yang sama mengurangkan pembunuhan hidupan liar (pemangsa kucing).

Para penyelidik telah mengklasifikasikan pemilik-pemilik kucing kepada lima jenis iaitu:

  1. Concerned protectors – mereka yang mementingkan keselamatan kucing mereka dan tidak membenarkan kucing keluar
  2. Freedom defenders – mereka yang mementingkan kebebasan kucing dan membantah sekatan terhadap kucing
  3. Tolerant guardians – mereka yang mempercayai aktiviti outdoor penting bagi kucing tetapi tidak gemarkan sifat memburu mereka
  4. Conscientious caretakers – mereka yang merasa bertanggungjawab untuk mengawasi rutin memburu kucing mereka
  5. Laissez‐faire landlords – mereka yang tidak tahu menahu tentang isu kucing berkeliaran dan memburu

Menurut penyelidik, walaupun populasi kucing domestik yang begitu banyak tidak semestinya mendatangkan kesan negatif, kucing-kucing yang bebas ini boleh menimbulkan risiko bagi diri mereka sendiri dan haiwan yang lebih kecil yang menjadi mangsa mereka.

Kucing yang bebas berkeliaran bukan sahaja akan memburu haiwan-haiwan kecil seperti tikus dan burung, tetapi tanpa pegawasan manusia, nyawa mereka juga dalam bahaya.

“Kucing yang berkeliaran di luar rumah lebih berisiko mengalami kemalangan jalan raya. Mereka juga lebih berisiko terkena penyakit,” kata Crowley, salah seorang daripada penyelidik yang terlibat.

“Orang ramai tidak terlalu bimbang tentang tikus, tetapi ada yang prihatin tentang nasib burung, dan di beberapa negara, nasib haiwan lain seperti reptilia kecil,” tambahnya lagi.

Seorang “freedom defender” berkemungkinan besar akan meraikan naluri semula jadi haiwan kesayangan mereka dan menerima risiko kucing mereka yang dibiarkan berkeliaran, manakala dengan “conscientious caretaker” pula akan lebih cenderung untuk ‘menyimpan’ kucing mereka di dalam rumah.

“Kami berharap penyelidikan ini memberi inspirasi kepada pemilik-pemilik untuk memikirkan jenis mereka dan bersembang dengan rakan dan keluarga mereka mengenai tanggungjawab yang mungkin dimiliki pemilik kucing, baik terhadap diri mereka sendiri mahupun terhadap hidupan liar yang lain,” kata Crowley.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!