);

Type to search

Haimeow Kesihatan

Tinggikan Bekas Makanan Si Bulus Untuk Penghadaman Lebih Baik

Share

Ramai pemilik kucing yang tidak tahu bahawa meninggikan bekas makanan kucing supaya mereka tidak perlu tunduk ketika makana adalah penting dalam membantu proses penghadaman yang lebih baik dan sihat.

Meletakkan bekas makanan sedikit tinggi mampu memberi banyak manfaat kepada kucing anda. Mengapakah sebabnya?

1. Tahap keselesaan mereka lebih baik jika mereka tidak perlu tunduk ketika makan mahupun minum, sekaligus dapat membantu si bulus dari menghadapi masalah tulang belakang atau pinggul.

 

2. Selain itu, semakin tua si bulus, mereka menghadapi kesukaran untuk membongkokkan badan mereka seperti biasa. Ini kerana sendi dan otot mereka sudah tidak sekuat dahulu. Perkara ini akan membuat mereka tidak selesa ketika makan dan kemungkinan tidak berselera makan.

 

3. Perkara ini juga dapat memastikan kebersihan di kawasan menjamu selera si bulus. Apabila anda meletakkan bekas makanan di tempat yang sedikit tinggi, anda akan sedar betapa mudahnya untuk menjaga kawasan makannya. Di lantai, bekas makanan akan lebih terdedah kepada kotoran atau semut yang cuba ‘berkongsi’ makanan dengan si bulus.

 

Selamat mencuba!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!